Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan untuk peniaga dari rumah

Peniaga yang daftar dengan Dewan automatik layak terima bantuan TRF $500
Apr 30, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan pastikan pengendali perniagaan makanan kecil-kecilan di rumah (HBBf) yang mendaftar dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan secara automatik layak menerima Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF).



Ini antara bantuan yang akan dihulurkan kepada golongan itu, umum Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan Facebook semalam.



Dana itu menyediakan bayaran sekali sebanyak $500 bagi mereka yang hilang mata pencarian disebabkan Covid-19 atau gaji berkurangan sekurang-kurangnya 30 peratus.



Mereka yang ingin mendaftar boleh melayari laman https://bit.ly/SMCCI-HomeBasedData.



"Langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan yang diperketat ini sangat mencabar, termasuk bagi ramai para peniaga makanan kecil-kecilan yang beroperasi di rumah.



"Saya faham kerisauan dan rasa kecewa mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang, di mana mereka mendapat banyak tempahan lantas terjejas pendapatan musiman mereka," kata Encik Masagos.



Nasihat guaman percuma juga akan disediakan bagi HBBf yang mungkin berdepan dengan masalah dengan pelanggan mereka.



Mereka boleh mendekati peguam relawan M Kuasa Tiga M3 dengan menghantarkan e-mel kepada lawyersm3@gmail.com.



Encik Masagos turut memberi jaminan bahawa peniaga dan pelanggan dilindungi di sisi undang-undang di bawah Akta Covid-19 (Langkah-langkah Sementara).



Dalam pada itu, DPPMS sedang mengumpulkan data relevan daripada HBB untuk lebih memahami impak langkah-langkah yang dilaksanakan ke atas pendapatan mereka dan memberikan sokongan lebih baik semasa tempoh mencabar ini dan dalam jangka masa panjang.



DPPMS akan bekerjasama dengan Enterprise Singapore (ESG) untuk memikirkan bagaimana sektor itu dapat dibantu supaya mereka lebih berdaya tahan.



Encik Masagos berkata beliau bersyukur terdapat ramai pengendali HBBf yang memahami mengapa langkah lebih ketat perlu dilaksanakan pada waktu ini, dengan ramai juga individu yang tampil untuk meredakan keadaan dan menghulurkan bantuan kepada pengendali HBBf.



"Kita berharap bahawa keadaan bertambah baik secepat mungkin supaya HBBf dapat memulakan semula operasi, dan pada masa yang sama, menjaga jarak selamat.



"Seperti yang dijelaskan Menteri Lawrence Wong, kelonggaran mungkin diberikan kepada HBB jika jumlah kes jangkitan masyarakat merosot dan stabil.



"Dengan kerjasama semua, ini dapat tercapai agar tempahan dapat disiapkan sebelum Hari Raya," kata Encik Masagos.




"Kita berharap bahawa keadaan bertambah baik secepat mungkin supaya HBBf dapat memulakan semula operasi, dan pada masa yang sama, menjaga jarak selamat. Seperti yang dijelaskan Menteri Lawrence Wong, kelonggaran mungkin diberikan kepada HBB jika jumlah kes jangkitan masyarakat merosot dan stabil. Dengan kerjasama semua, ini dapat tercapai agar tempahan dapat disiapkan sebelum Hari Raya."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >