Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan wang tunai $500 kepada pemilik gerai makanan, pasar NEA

Jul 23, 2021 | 05:22 PM



SEMUA pemilik gerai makanan dan pasar di pusat kendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik NEA akan menerima bantuan wang tunai sekali sahaja sebanyak $500.

Ini akan diberikan di bawah Dana Bantuan bagi Pemilik Gerai di Pasar dan Pusat Penjaja yang diperkenalkan pemerintah untuk membantu penjaja dan pegerai yang terjejas di bawah sekatan terbaru Covid-19.

Langkah ini diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) Jumaat (23 Julai) sebagai sebahagian pakej sokongan bernilai $1.1 bilion untuk membantu pekerja dan perniagaan yang terjejas di bawah sekatan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dari 22 Julai hingga 18 Ogos ini.



Sokongan itu  merupakan tambahan kepada langkah sokongan bagi penjaja yang diumumkan sebelum ini.

Pemerintah mengumumkan pada 16 Julai lalu subsidi tambahan sebulan bagi yuran pembersihan meja dan perkhidmatan cuci pinggan mangkuk pusat, serta pelepasan sewa sebulan bagi pegerai di pusat penjaja dan pasar kendalian NEA atau pengendali dilantik NEA.

Bagi sektor makanan dan minuman (F&B) yang lebih luas, Enterprise Singapore (ESG) akan memperkenalkan semula Pakej Perangsang Penghantaran Makanan untuk mengurangkan kos penghantaran makanan menerusi wadah penghantaran dan rakan pihak ketiga bagi urus niaga antara 22 Julai dan 18 Ogos ini.

ESG akan membiayai lima peratusan mata daripada kos komisen wadah penghantaran makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >