KEADAAN jerebu yang berterusan seperti di Stesen MRT Jurong East ini telah menjejas beberapa aktiviti semalam sedang Indeks Piawai Pencemaran (PSI) berada dalam tahap tidak sihat sepanjang 24 jam.
Beberapa acara larian yang dijadualkan berlangsung semalam sama ada telah dibatalkan atau diubah menjadi acara berjalan kaki.