Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Banyak kegiatan ekon akan dapat diteruskan sedang negara serantau tingkat vaksinasi

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



DENGAN lebih banyak negara serantau mempertingkat program vaksinasi Covid-19 mereka, lebih banyak aktiviti ekonomi kini boleh diteruskan dalam suku-suku akan datang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S. Iswaran.



Ini meskipun ekonomi Asia Tenggara perlu memperkenal sekatan ketat sebelum ini demi mengawal jumlah kes jangkitan Covid-19 yang kembali meningkat, katanya di Parlimen semalam.



Memberi responsnya terhadap pertanyaan Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) tentang semakan pertumbuhan ekonomi yang dikeluarkan Kementerian Perusahaan dan Perdagangan (MTI) tahun ini, Encik Iswaran berkata semakan itu dibuat dengan beberapa perkembangan global yang dipertimbangkan.



Ekonomi Singapura kini diramal berkembang enam hingga tujuh peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding ramalan sebelum ini antara empat dengan enam peratus.



Pertama, pemulihan ekonomi global kekal stabil, meskipun dengan risiko pandemik, kata Encik Iswaran.



Beliau juga menekankan kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat dan zon euro membolehkan mereka untuk meneruskan pembukaan ekonomi meskipun dengan kadar jangkitan yang meningkat.



Kedua, pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada separuh pertama tahun ini mencatatkan 7.7 peratus, lebih baik daripada apa yang dijangkakan.



"Pertumbuhan GDP Singapura dalam enam bulan pertama tahun ini lebih baik daripada yang dijangkakan iaitu pada 7.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



"Secara khususnya, sektor yang lebih bergantung kepada luar negara terus berkembang dengan kukuh, dengan sektor pengeluaran, kewangan dan insurans mencatatkan pertumbuhan masing-masing 14.5 dan 7.4 peratus semasa tempoh ini.



"Pada masa yang sama, program vaksin kita turut mencapai kemajuan baik, dan ini membolehkan sekatan sempadan dan domestik untuk dibuka secara progresif dalam tempoh tahun ini," kata Encik Iswaran.



Kelonggaran ini membantu masalah kekurangan pekerja dalam sektortertentu seperti pembinaan yang bergantung kepada pekerja migran dan menyokong pemulihan sektor seperti khidmat makanan dan minuman yang memerlukan pekerja berdepan dengan pelanggan.



Namun, beliau mengingatkan bahawa sektor pelancongan dan yang berkaitan dengan penerbangan akan menghadapi proses pemulihan yang agak perlahan disebabkan sekatan perjalanan dan permintaan yang berkurangan bagi pelancongan.



MTI menjangkakan ekonomi Singapura untuk terus pulih pada 2022 sedang perkembangan global diramal kekal positif, tambahnya.



Kementerian tersebut akan mengumumkan ramalan perkembangan Singapura untuk 2022 pada November.



Dalam laporan Berita Harian sebelum ini, pakar-pakar ekonomi swasta menjangkakan ekonomi Singapura akan tumbuh 3.9 peratus tahun depan.



Meskipun demikian, pertumbuhan diramalkan pakar-pakar ekonomi itu bagi suku kedua adalah lebih rendah sebanyak 14.7 peratus berbanding 15 peratus sebelum ini.



Keadaan Covid-19 yang semakin buruk dan langkah sekatan dalam membendung penularan yang menjejas kesihatan awam merupakan risiko yang paling kerap diutarakan pakar-pakar ekonomi itu terhadap ekonomi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >