Banyak pekerjaan baru wujud walau ekonomi tak menentu
Chun Sing: Warga perlu dilatih untuk sahut pelbagai peluang dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi infokom, jagaan kesihatan dan resort bersepadu
Dec 15, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA boleh menjangkakan ribuan pekerjaan baru yang bakal diwujudkan di sini dalam tempoh beberapa tahun akan datang hasil daripada pelaburan yang dibawa masuk ke sini, meskipun keadaan ekonomi kini tidak menentu.
Peluang pekerjaan itu diwujudkan dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi infokom (ICT); khidmat profesional; perbankan; jagaan kesihatan; petrokimia dan resort bersepadu (IR).