Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banyak pilihan bagi pembangunan masa depan Singapura: Lawrence Wong

Jun 22, 2016 | 11:26 AM



SINGAPURA masih mempunyai banyak pilihan bagi pembangunan walaupun ia mengalami kekangan fizikal, termasuk membina lebih banyak prasarana di bawah tanah.



Potensi bawah tanah antara rancangan yang sedang dikaji Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE) bagi menjadikan Singapura sebuah bandar bertaraf dunia yang dinamik dan ekonomi berdaya saing, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, pada Selasa (21 Jun).



"Kita sentiasa mencari cara bagi kita mengembangkan pilihan tanah dan ruang kita... dan kita mempunyainya. Kita ada projek penambakan, malah pelabuhan mega Tuas akan terletak di tanah tambak. Tetapi kita juga boleh pergi bawah tanah," katanya.



Dengan projek seperti Gua Batu Jurong (JRC) - ruang simpanan cecair hidrokarbon 150 meter di bawah tanah - Singapura hanya baru memanfaat sedikit potensi pembangunan bawah tanah, ujar Encik Wong.



"Ada banyak lagi yang boleh kita lakukan melebihi Gua Batu Jurong. Sebagai contoh, pencawang perbekalan dan kuasa yang anda lihat di sekeliling - banyak daripadanya boleh terletak di bawah tanah. Ia lebih mahal, tetapi ia juga melepaskan tanah permukaan untuk pembangunan."



Encik Wong, yang menjadi pengerusi bersama jawatankuasa kecil bandar masa depan CFE, berkata demikian dalam majlis jamuan tengah hari sempena mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura (SICC).



Pemerintah juga berharap dapat menggunakan teknologi lebih inovatif, seperti kenderaan tanpa pemandu untuk mengangkut barang merentasi kawasan perindustrian, menggantikan kumpulan besar trak di jalan raya hari ini, katanya.



"Kita boleh melakukan lebih daripada itu dengan sistem penggerak manusia. Dalam masa 15 hingga 20 tahun, saya fikir ada kemungkinan tinggi bahawa estet perumahan boleh dibina siap dengan sistem penggerak yang membawa orang dari tempat tinggal mereka ke stesen MRT terdekat," kata Encik Wong, sambil menambah sistem itu juga boleh dibina di bawah tanah.



Projek besar-besaran lain juga sedang dijalankan, termasuk menyatukan kemudahan pelabuhan di Tuas, yang akan melepaskan tanah bagi membangunkan Greater Southern Waterfront, sebuah pusat perniagaan (CBD) baru. Satu lagi CBD baru, Daerah Tasil Jurong, juga dalam perancangan.



Bagi semua rancangan itu, perkongsian awam-swasta kukuh adalah penting, kata Encik Wonga kepada sekitar 260 tetamu majlis tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >