Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

'Banyaknya' sampah...

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Banyaknya' sampah...

Apr 26, 2021 | 05:30 AM

KESEMUA 17 majlis bandaran Singapura menghentikan kerja pembersihan di ruang terbuka estet perumahan masing-masing dari 6 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Bukan kerana pekerja pembersihan tidak mahu bekerja! Sebaliknya ia inisiatif SG Clean Day - sebahagian kempen Keep Clean, Singapore! (KCS), yang dianjurkan agar orang ramai dapat melihat sendiri jumlah sampah terkumpul jika tidak dibersihkan, menurut kenyataan Majlis Kebersihan Awam (PHC).

Ia juga bertujuan menggalak penduduk membentuk kumpulan lapan anggota untuk menjadi sukarelawan dan membersihkan sampah di estet mereka, tambahnya.

Menurut PHC, inisiatif itu mungkin diperluas pada masa depan dan diadakan lebih kerap, bermula sekali setiap suku tahun hingga sekali sebulan tahun depan

Kempen tahun ini, yang berlangsung sebulan dilancarkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu. Dalam ucapannya acara pelancaran itu, Cik Fu berkata setiap warga Singapura memainkan peranan penting dalam memperkukuh pertahanan Singapura terhadap ancaman kesihatan.

"Usaha menjadikan negara sifar sampah bukan tanggungjawab pekerja pembersihan kita, pemerintah atau pertubuhan seperti PHC saja.

"Saya ingin menggesa setiap warga memastikan ruang awam bersama kita kekal bersih, termasuk kawasan perumahan, pusat penjaja dan taman," katanya.

Beliau berkata ini dapat dilakukan dengan tidak membuang sampah merata, memulangkan dulang selepas makan, mengepam tandas selepas ia digunakan, dan menggalak keluarga dan teman bersama menjalankan tanggungjawab.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3