Bapa 5 anak dipilih terima anugerah ayah contoh
Semua anaknya kini pegang jawatan penting di dalam dan luar negara
Jun 06, 2016 | 05:30 AM
SEBAGAI seorang kerani, Encik Shamsuddin Parmo, 78 tahun, dahulu tidak membawa pulang pendapatan yang mencukupi semasa membesarkan anak-anaknya.
Sungguhpun tidak mampu menghantar mereka ke kelas tuisyen kerana terpaksa menyara lapan anggota keluarga pada ketika itu, beliau tetap pastikan mereka tekun dalam pelajaran.