Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa, anak warga Australia mati lemas selepas cuba selamatkan pelancong S'pura

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT banyak papan tanda menuju ke pantai yang mengingatkan pengunjung tentang bahaya berenang di lautan.



Namun, dua pelancong warga Singapura di Australia berjalan melewati papan tanda itu sebelum salah seorang daripada mereka masuk ke dalam laut.



Lelaki itu, Encik Sanjay Bhaskar, 30 tahun, kemudian dipukul ombak sekitar 100 meter dari pantai hingga tenggelam di air laut.



Meskipun beliau berjaya diselamatkan, sepasang bapa dan anak warga Australia pula mati lemas selepas cuba menyelamatkannya.



Encik Andrew Francis Powell, 32 tahun, dan bapanya, Encik Ross William Powell, 71 tahun, meninggal dunia pada 21 April 2019 semasa cuba menyelamatkan Encik Sanjay.



Mahkamah Koroner Victoria mengeluarkan hasil dapatan mereka berhubung kejadian itu awal bulan ini, dengan menyatakan bahawa bot penyelamat yang mereka gunakan mengalami masalah sebelum terbalik.



Encik Andrew Powell, yang lebih mesra dikenali sebagai Andy oleh keluarga dan temannya, ketika itu sedang menantikan kelahiran bayi pertamanya bersama pasangannya.



Namun, beliau tidak berpeluang melihat mahupun menyentuh anak perempuannya itu.



Pada 21 April 2019, Encik Sanjay telah berkunjung ke Sungai Sherbrook dekat Great Ocean Road di Victoria, Australia.



Beliau bersama temannya, Encik Abhinash Balachandran Pillai, yang usianya tidak didedahkan.



Mereka meletak kenderaan mereka di sebuah tempat letak kereta berdekatan sebelum berjalan menuju ke arah muara sungai itu, yang mengalir ke Lautan Hindi.



Mereka melewati banyak papan tanda yang mengingatkan orang ramai tentang risiko berenang di laut yang tidak dipantau dan sukar diduga itu.



Namun, Encik Sanjay yang menganggap dirinya sebagai perenang yang baik, ingin berenang di kawasan dengan paras air hingga ke pinggangnya.



Beliau juga mendakwa bahawa ombak itu tidak kelihatan berbahaya, namun menurut Encik Abhinash, ombak ketika itu kelihatan agak tinggi, hingga lebih dua meter.



Encik Sanjay berdiri di dalam air selama sekitar lima minit sebelum dipukul ombak yang membawanya lebih jauh dari pantai.



Beliau cuba meminta bantuan daripada temannya, tetapi Encik Abhinash menyangka beliau memintanya untuk mengambil gambar.



Selepas Encik Sanjay dibawa ombak lebih jauh dari pantai, Encik Abhinash menghubungi khidmat kecemasan sekitar 10.35 pagi.



Sekitar 10 minit kemudian, respons kecemasan berbilang agensi diaktifkan dan Kelab Penyelamat Port Campbell Surf turut dimaklumkan.



Encik Andrew Powell dan bapanya, yang merupakan relawan dan anggota aktif kelab itu, tampil memberi respons kepada kejadian itu bersama seorang lagi anggota kelab tersebut, Encik Phillip Younis, yang juga kapten Persatuan Bomba Port Campbell Country.



Mereka keluar ke laut sekitar 11.10 pagi dengan bot penyelamat mereka, namun motor bot mereka kemudian mengalami masalah.



Sekitar 11.25 pagi, ombak besar memukul bot itu hingga ia terbalik, menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh ke dalam air.



Encik Younis mengalami beberapa kecederaan dan tidak mampu menyelamatkan pasangan bapa dan anak itu. Beliau kemudian diselamatkan dan dibawa ke hospital dengan menaiki helikopter.



Sementara itu, bot yang terbalik itu terapung dekat dengan Encik Sanjay yang menggunakannya untuk menyelamatkan dirinya. Beliau kemudian diselamatkan sekitar 11.50 pagi dan dibawa ke hospital oleh paramedik.



Mayat pasangan bapa dan anak itu pula terapung hingga ke suak berdekatan dan dibawa keluar sekitar 1 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >