Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa ayam dipenjara 3 bulan, 4 minggu dan denda $6,000

Oct 11, 2016 | 08:06 AM



SEORANG pentadbir web berusia 42 tahun memperoleh sehingga $50,000 dengan mengiklankan perkhidmatan pelacur selama setahun, mahkamah diberitahu.



Pada Isnin (10 Okt), Loi Pi-Yong dihukum penjara tiga bulan dan empat minggu dan denda $6,000.



Dia mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menjadi bapa ayam dan satu tuduhan melindungi pesalah imigresen.



Mahkamah diberitahu bahawa Loi mendapat tahu mengenai seorang pelacur berusia 33 tahun dari China pada Disember 2014.



Dia memperkenalkan pelacur itu kepada Chan King Yew, 35 tahun, yang menguruskan sebuah laman web yang mengiklankan beberapa pelacur. Loi bersetuju untuk bekerja bagi Chan.



Dia mengiklankan perkhidmatan pelacur di laman web Chan dan mengenakan bayaran $400 ke atas pelacur bagi setiap iklan.



Loi mendapat potongan sebanyak $250 daripada setiap bayaran, dan memberi baki $150 kepada Chan. Pada Mac tahun lepas, Loi membangunkan sebuah laman web yang bersaing.



"Untuk membuat laman web baru itu kelihatan lebih menarik, Loi meminjam imej dari laman web Chan dan juga menyiarkan iklan di forum dalam talian," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Winston Man.



Loi mengenakan bayaran $350 hingga $400 sebulan bagi profil setiap pelacur.



"Keseluruhannya, dia menganggarkan dia mendapat hingga $50,000 melalui mengendalikan laman web itu," kata DPP Man.



Sebagai contoh, pelacur pertama yang dia temui membayarnya $2,800 untuk profil dan perkhidmatannya diiklankan dari 16 Julai 2015 hingga 9 Feb 9 lalu.



Loi juga menggunakan nama orang lain untuk menyewa sebuah apartmen di Suites @ Guillemard dari 13 Okt tahun lepas pada kadar sewa $2,300 sebulan. Kemudian dia menyewakan unit itu kepada pelacur dari China pada kadar sewa sama.



Loi tidak mengesahkan pelacur itu bukan pesalah imigresen, walaupun dia hanya mempunyai pas lawatan 30 hari apabila tiba di Singapura pada 28 Ogos, dan terus kekal di sini menyalahi undang-undang.



Pelacur berkenaan ditangkap apabila polis menyerbu unit itu pada 25 Feb, setelah tinggal di Singapura melebihi tempoh selama 151 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >