Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa ayam yang lacur wanita Vietnam bersama isteri dijel 33 bulan

May 12, 2016 | 10:10 AM



SEORANG warga Singapura yang bersama isterinya dari Vietnam mendapat pendapatan mewah $25,000 hingga $28,000 sebulan daripada pelacuran dipenjara 33 bulan pada Rabu (11 Mei).



Quek Choon Leong, 34 tahun, dan Huynh Thi Kieu Trang, 35 tahun, mengendalikan pelacuran secara besar-besaran dan canggih dengan 32 pelacur dan 10 kakitangan lain selama dua tahun hingga mereka ditangkap pada Julai 2013.



Huynh sedang menjalani hukuman penjara 29 bulan, setelah mengaku bersalah bagi 34 daripada 103 tuduhan berkaitan pelacuran tahun lalu, tetapi dibawa balik ke mahkamah untuk menghadapi sembilan pertuduhan bagi kesalahan sama yang dilakukan semasa dia dan suaminya bebas dengan ikat jamin bagi kesalahan awal.



Dia mengaku bersalah pada April tahun ini bagi tiga daripada sembilan pertuduhan itu, manakala Quek mengaku salah bagi 33 daripada 97 pertuduhan, kebanyakannya kerana menjadi bapa ayam dan melindungi wanita untuk pelacuran.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhou Yihong berkata Huynh berkunjung ke Singapura pada 2005 dan mengenali Quek, seorang penjaja. Dia kemudian datang ke sini secara tetap dan tinggal bersama Quek di sebuah rumah tumpangan di Tembeling Road.



Pada 2006, seorang teman serumahnya meminta Huynh mendapatkan lebih ramai wanita Vietnam untuk menyewa bilik.



Beberapa bulan kemudian, Quek tinggal dengan rakan-rakan di sebuah kondominium di Geylang apabila Huynh pulang ke Vietnam untuk melahirkan anak pertama mereka.



Sekitar awal 2010, Huynh terlibat dalam khidmat menyambut wanita yang tiba di lapangan terbang, menawarkan mereka tempat tinggal sementara mereka bekerja sebagai pelayan, dan mengumpul wang daripada mereka untuk dihantar balik kepada kenalan beliau di Vietnam.



Selepas pasangan itu dihalau dari kondo tersebut berikutan serbuan polis, mereka menyewa dua rumah tumpangan di Geylang. Kemudian, mereka mula mendengar daripada seorang penginap, yang juga seorang pelacur bebas, bahawa dia mendapat lebih banyak wang daripada pelacuran daripada menjadi pelayan.



Pada awal 2011, Huynh mencadangkan kepada suaminya agar mereka menyarankan kepada penyewa mereka supaya menjadi pelacur di bawah jagaan mereka. Quek mulanya tidak bersetuju tetapi mengalah selepas Huynh memberitahunya pelacur biasanya memberi $10 daripada bayaran $70 hingga $80 yang mereka peroleh daripada setiap pelanggan.



Pasangan itu mengupah beberapa pembantu, termasuk dua ejen di Vietnam bagi mendapatkan wanita menarik. Setiap wanita membayar Huynh $450 sebulan, dinaikkan kepada $600 pada 2013, untuk penginapan.



Mereka menandatangani perjanjian penyewaan, dengan satu set "peraturan" yang dikenakan oleh pasangan itu.



Huynh menguruskan bagi wanita itu mendapatkan pelanggan di Geylang dan mengupah orang untuk mengesan pegawai penguatkuasa undang-undang supaya dia boleh memberi amaran kepada pekerjanya.



Rata-rata, pasangan itu mempunyai kira-kira 20 wanita yang bekerja di bawah mereka setiap bulan, dan menerima pendapatan pelacuran $25,000 hingga $28,000.



Quek menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk berjudi di kasino Resorts World Sentosa, menukar cip bernilai antara $23,630 dan $29,000 tiga kali pada Jun dan Julai 2013.



DPP Zhou berkata siasatan menunjukkan pada Oktober 2014, Quek menyewa sebuah unit di Changi Road $3,000 sebulan. Pada masa itu mereka bebas dengan ikat jamin mahkamah.



Dan sebelum awal Ogos tahun lalu - beberapa minggu sebelum dipenjara - Huynh mengatur untuk tiga wanita Vietnam datang ke sini dan bekerja sebagai pelacur.



Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara tambahan 10 bulan pada April lalu, yang akan berkuat kuasa selepas dia selesai menjalani hukuman penjara sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >