Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa bantu satukan remaja autistik dengan keluarga

Apr 11, 2021 | 05:30 AM



MEMANG seronok mendapat kawan yang mempunyai kisah hidup serupa... hidup tidak lagi terasa sunyi dan terasing.



Itulah yang dirasakan Encik Muhammad Aidil Ismail, 32 tahun, selepas beliau dan isterinya, Cik Dhiya Liyana Dahlan, 31 tahun, membantu menyatukan seorang anak remaja autistik yang terpisah daripada ibu bapanya gara-gara tersalah naik bas.



Kebetulan, Encik Muhammad Aidil juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun yang turut mengalami autisme.



Baginya, pertemuannya bersama Encik Bob Lee Keng Siang, bapa remaja yang ditemui isterinya itu membuat beliau rasa beliau tidak keseorangan. Mereka kini menjadi rakan akrab.



Menceritakan tentang kejadian baru-baru ini, Encik Muhammad Aidil berkata beliau sedang berjalanmenuju ke rumah bersama anak lelakinya, Alfee Ismail dari sekolah pada sekitar 6 petang.



"Tiba-tiba isteri saya menghubungi saya dan beritahu dia ternampak ada seorang remaja lelaki sedang berjalan dengan tak tentu arah, berbual sendiri dan berulang kali memanggil ibunya, 'mummy, mummy...'



"Memandangkan kami juga ada seorang anak dengan cabaran serupa, isteri saya mengesyaki anak itu juga menghidapi keadaan yang sama dan dia tidak teragak-agak menghulurkan bantuan kepada remaja itu. Isteri saya kemudian membawa remaja itu ke rumah kami sambil menunggu bantuan daripada polis.



"Sementara itu, semasa saya dan Alfee sedang berjalan, tiba-tiba kami terdengar ada seorang lelaki (Encik Lee) yang sedang berteriak mencari anaknya... dia dalam keadaan gelisah," kata pegawai logistik farmasi Hospital Besar Ng Teng Fong itu.



Encik Muhammad Aidil kemudian menunjukkan gambar remaja lelaki itu menerusi Whatsapp yang dikirim isterinya, kepada Encik Lee. Ketika itu mereka berada di perhentian bas Poliklinik Bukit Batok.



Encik Lee terkejut tetapi lega melihat gambar anaknya, lantas memeluk Encik Aidil.



Ketika dihubungi wartawan, Encik Lee, 45 tahun berkata, anaknya Lee Jun Le, 14 tahun, tersesat jalan sewaktu beliau dan isterinya, Cik Lim Hwee Hwee melatih anaknya untuk menaiki bas awam dalam usaha membina keyakinan diri.



"Anak saya sepatutnya menaiki bas 183. Sebagai latihan, saya naik bas yang sama dari perhentian bas sebelumnya untuk mengawasi dari jauh. Tetapi dia tersilap menaiki bas 188 pula.



"Mungkin apabila dia perasan bas itu melalui jalan yang tidak dikenalinya, dia mula panik dan berhenti di perhentian terdekat. Sebelum ini kami sudah melatihnya untuk menaiki bas tersebut," kata Encik Lee.



Sewaktu beliau dan isterinya mencari anaknya, beliau sempat bertanya dengan kapten bas yang dinaiki anaknya itu. Kapten itu kemudian merujuk kepada seorang remaja lelaki yang "sedang berbual sendiri" dan telah turun bas di perhentian Poliklinik Bukit Batok.



Encik Lee menjelaskan anaknya mempunyai kesukaran untuk meluahkan apa yang ingin dimaksudkan secara jelas kepada orang lain.



"Sebenarnya kami telah melatihnya untuk menyebut beberapa kosa kata jika dia berada dalam keadaan cemas, dan Jun Le menghafal dan berupaya memberitahu nombor telefon ibu bapanya kepada orang lain.



"Tapi orang ramai pula perlu menggunakan kata-kata khusus, mudah dan yang tertentu untuk mendapatkan respons sedemikian."



Sementara itu, apabila Encik Muhammad Aidil berkata beliau amat memahami keadaan Encik Lee pada saat itu.



"Saya sangat terkesan... memang kadang kala rasa kita bersendirian mengharungi hidup ini apabila orang tidak memahami keadaan kita, menjaga seorang anak yang memerlukan perhatian khusus.



"Saya sendiri tidak mendapat banyak sokongan untuk menguruskan anak saya,' ujar Encik Muhammad Aidil lagi.



Sementara itu Encik Lee, yang bertugas sebagai jurugambar akan mengadakan pameran fotografi yang memberi kesedaran terhadap autisme.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >