Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR KEBAPAAN

Bapa boleh jadi inspirasi kepada anak remaja

Aug 18, 2016 | 05:30 AM



MEREKA mempunyai pengalaman menangani pelbagai cabaran membesarkan anak mereka, lebih-lebih lagi semasa meniti alam remaja.



Namun di samping memainkan peranan sebagai bapa, usahawan dan personaliti televisyen setempat yang terkenal, Encik Sujimy Mohamad, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Lembaga Pengarah PT Trans Retail (Carrefour Indonesia), Encik Shafie Shamsuddin, turut memikul pelbagai tanggungjawab lain di rumah dan tempat kerja.



Bagaimanakah mereka membina hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan anak remaja mereka?



Dengan barisan bapa yang berpengalaman membesarkan anak remaja mereka serta pakar keluarga dan motivasi tersohor dari seberang Tambak, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kaum bapa yang menghadiri Seminar Kebapaan pada 4 September ini berpeluang meraih kemahiran menyelami jiwa anak remaja dan membina hubungan yang lebih utuh dengan mereka.



Seminar anjuran Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF) serta disokong Berita Harian/Berita Minggu itu akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza Changi Airport, Chengal Ballroom.



Menurut Encik Sujimy, ketiga-tiga anaknya - berusia lapan, 12 dan 14 tahun - masing-masing harus didekati dengan cara berbeza.



"Harapan saya adalah agar mereka rapat dengan saya dan sekali gus saya juga rapat dengan mereka," ujarnya.



Encik Shafie pula, yang mempunyai tiga anak berusia 14, 17 dan 29 tahun, berkata kaum bapa biasanya giat berusaha menyumbang kepada syarikat sendiri atau tempat kerja mereka.



"Namun, kita juga harus bertanya pada diri sendiri sama ada kita melakukan perkara sama atau lebih daripada itu untuk keluarga kita.



"Kebanyakan daripada kita sebagai bapa berasa tugas utama membesarkan anak merupakan tanggungjawab pasangan kita sementara kita memberi tumpuan kepada aspek ekonomi.



"Saya percaya kaum bapa juga harus memainkan peranan memimpin dan menjadi inspirasi kepada anak dan keluarga," kata Encik Shafie.



Dalam pada itu, Datuk Dr Fadzilah yang akan tampil sebagai penceramah utama pula akan antara lain berkongsi tentang punca utama kaum bapa gagal berubah seiring dengan perubahan remaja dan persekitaran, rutin cemerlang bapa yang mampu menginspirasikan remaja, rintihan remaja yang tidak terucap serta doa harian untuk bapa dan remaja.



"Anak remaja secara sedar atau tidak menjadikan bapa sebagai idola atau suri teladan mereka.



"Jika bapa kurang berperanan, maka pengaruh kawan-kawan dan persekitaran menjadi lebih penting," ujarnya.



Tiket Seminar Kebapaan ini berharga $30 dan boleh didapatkan di laman web www.beritaharian.sg/bapasepanjanghayat atau di pejabat AMP di 1 Pasir Ris Drive 4.



Orang ramai boleh 'Like' laman Facebook AMP atau menghubungi 6416-3960/6416-3961 bagi mendapatkan maklumat lanjut.




SEMINAR KEBAPAAN



Bila: Ahad, 4 September



Masa: 9 pagi hingga 1 petang



Tempat: Chengal Room, Hotel Crowne Plaza Changi Airport



Anjuran: Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF).



Disokong Berita Harian.



Tiket: $30 setiap seorang (tidak termasuk GST)



Cara beli tiket: Menerusi laman https://www.beritaharian.sg/bapasepanjanghayat



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan ‘Like’ laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore atau hubungi talian 6319–5601.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >