HAMPIR setiap hujung minggu sejak 10 tahun lalu, Encik Shaharum Sulaiman dan isterinya, Cik Mazlindah Abdul Ma'moon, akan bermandi peluh di bawah terik mentari menjadi 'kru' sokongan dua anak remaja mereka.
Litar lumba di Pasir Gudang, Johor, bak rumah kedua kepada keluarga 'kaki motor' ini sejak anak mereka masih di sekolah rendah.