Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERJAYA WALAU KELUARGA DIBELENGGU DADAH

Bapa dan ibu pernah dipenjara tetapi tiga beradik berjaya genggam ijazah

Dec 15, 2019 | 05:30 AM



MENYAKSIKAN ayahnya melakukan kegiatan menyuntik dadah dan memakannya adalah satu kebiasaan baginya sejak berusia semuda empat tahun.



Kemudian, melihat polis mengheret ayahnya keluar rumah bertukar daripada kejadian "menggerunkan" menjadi suatu yang "normal" lama-kelamaan.



Menyingkap zaman kecil, Encik Ahmad Jabbar Abdul Halim, 35 tahun, berkata:



"Saya dan adik-beradik waktu kecil tak tahu apa tu dadah jadi setiap kali kami ke sekolah, kami nantikan masa di mana guru akan ajar kami tentang perkara itu.



"Tetapi lama-kelamaan kami sedar bahawa penderaan ke atas kami mempunyai kaitan dengan bahan yang beliau ambil, dan kami jadi benci terhadap perkara tersebut."



Menurut anak kedua dalam keluarga tiga beradik itu, ayahnya keluar masuk penjara kira-kira 13 kali - malah kini masih menjalani pemulihan di sebuah rumah peralihan.



Encik Jabbar dan adik-beradiknya pula ditinggalkan untuk mengurus kehidupan dan kebanyakan waktu, membesar sendiri setelah ibunya juga terjerumus dalam kancah dadah dan dimasukkan ke penjara.



"Pada satu kali itu, kami tiga beradik duduk bersama, dan bincang tentang kehidupan kami.



"Kami menggenggam tangan satu sama lain, dan buat satu perjanjian, iaitu untuk mencapai cita-cita zaman kanak-kanak kami menjadi ahli zoologi! Setelah itu kami bertiga azam belajar sungguh-sungguh," ujarnya sambil tertawa.



Berbekalkan tekad, Encik Jabbar dan adik-beradiknya berjaya menggenggam segulung ijazah daripada Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau kini seorang jurulatih program pengayaan, manakala abangnya mengurus syarikat pendidikan sendiri, dan adik perempuannya seorang pekerja sosial.



Berkongsi pengalaman menuju gerbang jaya pendidikan, graduan jurusan sains hayat itu berkata perjalanannya itu memang penuh berliku.



"Kami tak pernah belajar di rumah tapi di bawah blok, restoran makanan segera, sekolah... Apa-apa tempat pun jadi, asalkan bukan di rumah.



"Kami beritahu diri kami untuk tidak ikut jejak ibu bapa kami kerana mereka bukan contoh yang baik, jadi kami cuba lupakan apa yang sedang berlaku dan beri tumpuan kepada perjalanan kami untuk ubah nasib kami," kongsinya yang waktu itu menetap di rumah sewa dua bilik di kawasan Henderson yang menurutnya, ibarat 'ghetto'.



Dari segi kewangan pula, Encik Jabbar, kini sudah bergelar bapa seorang anak, berkata ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selain bantuan kewangan sekolah, beliau juga mendapat bantuan dermasiswa CDC, antara lain.



"Kami hanya beli barang berdasarkan keperluan, bukan kemahuan... seperti beras untuk dimasak di rumah, barang sekolah. Perlu jimat," katanya lagi.



Dalam pada itu, beliau dan adik-beradik cuba jauhkan diri daripada kanak-kanak lain yang lebih bernasib baik berbanding mereka supaya tidak tertekan.



Ketika Encik Jabbar melangkah masuk alam universiti, beliau mendapat bantuan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) di mana beliau terima sekitar $1,800 setiap tahun.



Namun, lebih daripada itu, HGEF telah banyak memberinya sokongan moral, dan ibarat "keluarga".



"Ia memberi saya satu dorongan setiap kali saya rasa macam nak putus asa. Setiap kali menerima cek, ia suatu peringatan untuk saya terus berusaha untuk tuju ke garisan akhir," kongsi beliau.



Bekas guru sekolah itu berkongsi bahawa baru-baru ini, beliau juga dapat mengesan dua daripada anak muridnya yang terjebak dalam kancah dadah.



Beliau seolah-olah mempunyai 'radar' kerana pengalaman hidup mematangkan beliau.



"Saya telah mengenal pasti beberapa pelajar sepanjang 10 tahun lalu yang mempunyai masalah serupa dan saya dapat menasihati mereka kerana faham keadaan yang dilalui," katanya.



Kini, Encik Jabbar merupakan sebahagian jawatankuasa HGEF dan bantu berhubung dengan kanak-kanak lain yang melalui pengalaman yang serupa.



Beliau menasihat: "Kita tidak boleh pasrah. Kita mesti berani mengubah cara hidup kita. Yang penting adalah untuk dapatkan pendidikan, barulah kehidupan kita boleh berubah."




Kami tak pernah belajar di rumah tapi di bawah blok, restoran makanan segera, sekolah... Apa-apa tempat pun jadi, asalkan bukan di rumah. Kami beritahu diri kami untuk tidak ikut jejak ibu bapa kami kerana mereka bukan contoh yang baik, jadi kami cuba lupakan apa yang sedang berlaku dan beri tumpuan kepada perjalanan kami untuk ubah nasib kami... Kita tidak boleh pasrah. Kita mesti berani mengubah cara hidup kita. Yang penting adalah untuk dapatkan pendidikan, barulah kehidupan kita boleh berubah.
- Encik Ahmad Jabbar Abdul Halim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >