Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEJADIAN E-SKUTER TERBAKAR SEMASA DICAS

Bapa dan jiran selamatkan anak dari api yang marak

Nov 10, 2017 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja pulang selepas penat memandu teksi syif malam dan sedang berehat di ruang tamu apabila Encik Ithnin Mohd Salim, 59 tahun, terdengar bunyi dentuman kuat dari bilik anak lelakinya, Encik Ridwan Ithnin.



Sangkanya ada barang berat terjatuh. Tidak lama kemudian, bapa lima anak itu terdengar satu letupan kuat pula.



Tanpa berlengah, beliau terus membuka pintu bilik anaknya dan terperanjat apabila melihat api sedang marak dalam bilik anaknya yang sedang tidur sebelum itu.



Menurut Encik Ithnin, kebakaran itu berpunca daripada e-skuter yang sedang dicas dalam bilik berhawa dingin tersebut.



"Saya tidak fikir panjang. Saya terus ambil baldi berisi air dari tandas, matikan elektrik dan cuba padamkan api.



"Malah sebelum itu, saya cuba padamkan api dengan memijaknya tanpa memikirkan keselamatan saya.



"Saya hanya ingatkan anak saya sahaja dan mahu menyelamatkannya," kata Encik Ithnin ketika dikunjungi Berita Harian di Hospital Besar Singapura (SGH) semalam.



Anaknya, Encik Ridwan mengalami kelecuran sebanyak 45 peratus pada badannya, termasuk di muka dan tangan.



E-skuter terpakai itu baru sahaja dibeli Encik Ridwan dengan harga sekitar $500 dua minggu lalu bagi pekerjaan sambilannya sebagai penghantar makanan syarikat Deliveroo.



Ia juga baru sahaja dicas enam jam sebelum ia meletup.



Insiden yang berlaku Selasa lalu di Blok 260 Yishun Street 22 itu merupakan kejadian terkini kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bekata ada 31 kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi dari Januari hingga September tahun ini, berbanding dengan 19 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.



Menyingkap kejadian itu, Encik Ithnin berkata beliau turut mengambil kain basah dan menutup api sambil memaksa anaknya lari keluar 'merempuh' api.



Menantunya, Nur Farhana Ishak, 27 tahun, yang berada di rumah ketika kejadian itu berlaku sekitar 10.40 pagi, turut membantu dengan menjirus air.



Namun asap hitam semakin menebal dan ini menyukarkan Encik Ithnin, yang mempunyai sejarah sakit jantung, bernafas.



Tanpa disangkanya, Encik Ridwan, 23 tahun, membuka tingkap biliknya dan sedang berdiri secara berbahaya di belabas tingkap tingkat 10 flat empat bilik mereka untuk menyelamatkan diri dari api.



Jirannya, Encik Guyrence Tan, 26 tahun, mahasiswi Maktab Seni Lasalle, yang terdengar kekecohan yang berlaku, dengan serta-merta memasuki bilik dan cuba menyelamatkan Encik Ridwan.



"Kepulan asap hitam telah mengaburi penglibatan. Mujur cahaya matahari pagi itu membantu. Ketika itulah baru saya ternampak empat jari yang masih terpaut di bingkai tingkap," kongsinya.



Sepantas kilat, Encik Tan terus memanjat bahagian atas katil dua tingkat Encik Ridwan dan dengan tangan kanannya memegang pada sesuatu, beliau menghulurkan tangan kirinya sambil menarik jirannya itu, yang turut menggunakan segala tenaga untuk menarik dirinya dari belabas tingkap.



Encik Tan mengalami kelecuran darjah pertama.



"Setiap kali saya bertemu jiran saya, saya akan menyapa mereka dan bertanyakan khabar. Jika mereka atau sesiapa yang memerlukan bantuan, saya akan cuba sedaya upaya membantu," katanya lagi.



Encik Ithnin, yang belum sempat bertemu Encik Tan selepas kebakaran itu, amat berterima kasih terhadap bantuan yang dihulurkan jiran-jirannya.



"Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Apa pun, saya berdoa agar kami semua pulih seperti sedia kala, insya-Allah," katanya yang tidak mengalami sebarang kelecuran teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >