Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa dihukum penjara, sebat kerana bagi dadah pada dua anak

Jan 06, 2017 | 08:20 AM



SEORANG bapa mengajar anak lelakinya berusia 20 tahun cara menghisap 'Ice' dan memberi dadah kepada anak lelakinya yang berusia 19 tahun.



Rosly Salim, 46 tahun, melakukan itu di rumahnya di Hougang.



Kira-kira seminggu sekali sepanjang lapan bulan, dia dan anak sulungnya sama-sama menghisap dadah terkawal itu.



Pada Khamis (5 Jan), Rosly dihukum penjara 11 tahun dan rotan 10 kali bagi jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Dia mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan, dengan lima lagi diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Rosly ditangkap Ogos lalu selepas pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) menyerbu rumahnya di Hougang Street 91.



Pada mulanya, Rosly didakwa menjual sekurang-kurangnya 0.16g bahan serbuk mengandungi diamorphine, atau heroin tulen, kepada orang lain pada harga $15 di flatnya, dan memiliki serta menggunakan dadah.



November lalu, pihak pendakwaan mengemukakan empat lagi tuduhan terhadap Rosly, termasuk dua tuduhan memberi sebungkus Ice, atau methamphetamine, kepada anaknya, Muhammad Norsa'if, 19 tahun, dan Muhammad Norshawalludin, 20 tahun.



Siasatan mendedahkan bahawa pada Ogos tahun lalu, Rosly memberi Norshawalludin sebungkus Ice. Norshawalludin meletak dadah itu dalam mentol kaca 'bong', iaitu alat untuk menghisap dadah.



Selepas dua sedutan, dia memberi 'bong' itu kepada Norsa'if, yang juga mengambil dua sedutan, sebelum menyerahkannya kepada Rosly.



Ketiga-tiga mereka kemudian bergilir-gilir menghisap semua paket dadah itu.



Siasatan lanjut menunjukkan Norshawalludin belajar menghisap Ice selepas melihat Rosly melakukannya pada Disember 2015.



Sejak itu, anak-beranak itu menghisap Ice seminggu sekali, dengan dadah itu diberi oleh Rosly, yang isterinya telah meninggal dunia kerana sakit.



Norshawalludin dan Norsa'if dilaporkan telah ditangani pihak berkuasa.



Menurut Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Carene Poh, Rosly mempunyai rekod kesalahan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >