Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa dipenjara 4.5 tahun dek lakukan sumbang mahram dengan anak perempuan sendiri

Jun 21, 2021 | 08:02 PM



SEORANG lelaki yang bebas dari penjara pada Mei 2019 setelah menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah telah melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya lewat bulan yang sama.



Dia cuba melakukan hal serupa lagi dengan wanita itu, yang berusia 30 tahun ketika itu, pada Oktober 2019.



Kurang jelas sama ada wanita itu telah mempersetujui perbuatan tersebut.



Dek kesalahannya itu, lelaki warga Singapura berusia 56 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun pada Isnin (21 Jun).



Dia mengaku bersalah ke atas satu tuduhan melakukan sumbang mahram dan satu tuduhan percubaan melakukan sumbang mahram.



Lelaki itu juga dikenakan tambahan 592 hari di penjara kerana telah melanggar perintah pengampunannya setelah dia dibebaskan awal dari penjara.



Mahkamah diberitahu dia seharusnya menjauhkan diri daripada melakukan kesalahan dari 14 Mei 2019 hingga 11 Januari tahun ini.



Kedua-dua lelaki dan wanita itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.



Mereka berada di dalam sebuah flat pada 17 Mei 2019 apabila lelaki itu melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dengan anak perempuannya.



Dia kemudian cuba melakukan hal serupa pada 20 Oktober 2019.



Kesalahan tersebut diketahui apabila wanita itu memberitahu seorang pekerja sosial tentang apa yang berlaku.



Mereka yang didapati melakukan sumbang mahram boleh dipenjara sehingga lima tahun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >