Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa dipenjara, rotan dek lakukan kesalahan seksual ke atas anak 9 tahun

Dec 16, 2019 | 05:57 PM



SETELAH pulang dari sesi minum dengan rakan-rakannya, seorang lelaki 44 tahun mencabul kehormatan anak perempuannya yang berusia 9 tahun di atas katil budak tersebut ketika dia sedang tidur.



Budak perempuan itu terbangun setelah bapanya membuat perbuatan tidak senonoh itu, namun hanya berdiam diri kerana terlalu takut melakukan apa-apa.



Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara setahun dan sembilan bulan dan tiga sebatan rotan, lapor The Straits Times.



Dia tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.



Dokumen mahkamah menyatakan sebelum Mei 2018, lelaki itu pulang ke rumah setelah sesi minum dengan rakannya dan memasuki bilik mangsa untuk mengambil pakaian apabila ternampak mangsa sedang tidur di atas katil.



Dia kemudian baring di katil dan memeluk anaknya itu dari belakang. Lelaki itu kemudian mencabul kehormatan anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >