Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa kembar lelaki yang ditemui mati ditahan reman bagi pemerhatian psikiatri

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



BAPA kembar lelaki berusia 11 tahun yang ditemui mati di sebuah longkang di Upper Bukit Timah telah direman bagi pemerhatian psikiatri di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi.



Xavier Yap Jung Houn, 48 tahun, dikenakan tuduhan membunuh anaknya, Ethan Yap E Chern minggu lalu.



Warga Singapura itu dituduh membunuh Ethan di longkang tertutup di taman permainan Greenridge Crescent antara 4.23 petang dengan 6.25 petang pada 21 Januari lalu.



Polis berkata Yap telah menghubungi mereka dari taman permainan itu untuk mendapatkan bantuan pada 6.25 petang hari itu.



Anak lelakinya, Ethan dan Aston Yap Kai Shern, kemudian ditemui terbaring tidak bergerak di longkang berhampiran. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Yap pada mulanya dijangka hadir di mahkamah daerah semalam, tetapi kes itu telah dibawa ke hadapan pada Sabtu lalu.



Kesnya telah ditangguhkan ke 18 Feb.



Yap belum didakwa atas kematian Aston.



Minggu lalu, Yap dibawa ke tempat kejadian dengan menaiki van hitam.



Tertuduh memakai baju merah, seluar gelap paras lutut dan selipar, dan berjalan dengan menundukkan kepalanya.



Yap kelihatan digari dan dikelilingi oleh kira-kira lima pegawai polis. Dia kemudian dibawa ke longkang besar, kawasan sekitar yang sebelum ini telah dikepung oleh polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >