Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa khuatir kehilangan anak dek kejutan elektrik

Jun 16, 2021 | 11:10 AM



BELIAU sedang berehat di rumah sambil menonton televisyen sementara tiga anaknya sedang bermain di taman permainan berdekatan rumahnya. 



Tiba-tiba anak perempuannya, 10 tahun, lari masuk sambil menangis dan menjerit. 



Encik Muhammad Nazlan, 34 tahun, berkata: “Saya tak dengar apa yang beliau katakan. Saya hanya tahu ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anak lelaki saya.



“Saya langsung bergegas keluar dengan isteri dan lihat anak saya terbaring di bawah dengan tangannya melekat di tiang lampu. Dia tak sedarkan diri tapi matanya terbuka, saya ingat dia dah tak ada lagi.” 



Anak lelaki sulungnya, Muhammad Rifqy, 14 tahun, sedang bermain bola dengan temannya apabila kededua mereka terkena kejutan elektrik dari tiang lampu berdekatan di Blok 63 Lorong 5 Toa Payoh.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan pada 8.25 malam dan dua orang telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH). 



Menurut Encik Muhammad, anaknya dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) pada mulanya namun kini berada di wad biasa. 

Teman Rifqy sudah keluar hospital. 



Rifqy tidak sedarkan diri selepas terkena kejutan elektrik sedang dia mengambil bola di bawah tiang lampu itu. 



“Apabila saya lihat dia terbaring di situ saya cuba tarik dia jauh dari tiang lampu tapi tangannya melekat,” kata Encik Muhammad.



“Tangannya kelihatan terbakar. Jantung saya tiba-tiba terasa seperti ada orang cucuk dan saya sukar bernafas. Saya juga rasa dua kejutan di tangan dan kaki bila saya gunakan tangan saya untuk tarik dia. 



“Tapi saya hanya fikir, kalau dia meninggal saya meninggal bersama dia,” kata Encik Muhammad.



Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh (BTPTC) berkata ia telah menyelesaikan siasatan berkaitan punca insiden itu. 



Menurutnya, juruelektrik mendapati kesan koyak kecil pada penebat wayar dalam tiang lampu itu yang mungkin tidak kelihatan kecuali apabila kotak elektrik dibuka. 



Tambahnya, juruelektrik itu menyimpulkan bahagian wayar terdedah yang menyentuh besi tiang lampu mungkin punca kejutan elektrik itu, dedah BTPTC. 



“Juruelektrik juga telah memeriksa tiang lampu lain dalam litar sama dan tidak menemui situasi serupa. Kejadian itu mungkin kes terpencil kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian serupa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >