Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa pasangan kembar diberkas polis; bakal didakwa atas tuduhan bunuh

Jan 22, 2022 | 11:35 PM



Polis telah memberkas bapa pasangan kembar lelaki berusia 11 tahun kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan kedua-dua anaknya.



Dalam kenyataannya pada 11.14 malam tadi, polis menyatakan suspek berusia 48 tahun.



Pada 6.25 petang Sabtu (21 Jan), polis menerima panggilan meminta pertolongan oleh seorang lelaki di sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, Bukit Timah.



Semasa polis tiba di tempat kejadian, dua anak lelakinya dilihat terbujur di kawasan permainan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik.



Polis melakukan siasatan menyeluruh dan hasil siasatan rapi, membawa kepada penangkapan bapa pasangan kembar itu.



Dia akan didakwa di mahkamah lusa (24 Jan) atas tuduhan membunuh.



Jika disabit kesalahan, boleh dihukum mati.



Polis masih menjalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >