Kejar impian terbang di angkasa
Bapa pendorong utama dalami bidang penerbangan
May 22, 2016 | 05:30 AM
DORONGAN yang sering diberi bapanya terhadap minat beliau dalam bidang penerbangan, menjadi pembakar semangat Nabil Abdul Aziz agar terus mengejar impiannya menjadi seorang juruterbang.
Justeru, apabila berada di menengah satu, Nabil, 19 tahun, mengambil keputusan mahu menyertai program kegiatan ko-kurikulum (CCA) aeromodelling yang dikendalikan Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC).