Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa penyayang terhadap famili, ambil berat masyarakat 'Ayah Contoh Terbaik' 2022

Presiden Halimah: Bapa main peranan penting dalam bina keluarga kukuh, asuh dan bantu perkembangan sosioemosi anak
Jun 19, 2022 | 05:30 AM



SEJAK berusia 17 tahun, Encik Muhammad Mahadi Mohamed Ashim menjadi ketua keluarga apabila ayahnya meninggal dunia.



Anak sulung daripada enam adik-beradik ini berkorban dengan bekerja sambilan sebagai pekerja pembersihan selepas sekolah demi menyara keluarga besar itu.



Demi mendapatkan rezeki tambahan, beliau juga bekerja pada hujung minggu sebagai juruwang.



Pengalaman mencabar sejak muda itu membantu membentuk Encik Mahadi, yang sekarang berusia 51 tahun, menjadi bapa penyayang terhadap keluarga, ujar anaknya, Cik Nur Edrianna Qistina Muhammad Mahadi.



Selain menjaga keluarga, Encik Mahadi mengambil berat akan orang di sekelilingya.



Ini terbukti apabila beliau membantu warga emas yang tinggal sendirian serta aktif dalam kumpulan sokongan ibu bapa Sekolah Menengah Woodlands, malah menjadi pengerusinya pada 2017 hingga 2019.



Bagi sikap mulia beliau terhadap keluarga dan masyarakat, Encik Mahadi menerima Anugerah Qudwah Hasanah (Ayah Contoh Terbaik) 2022 yang diberi Persatuan Ain.



Presiden Halimah Yacob menyampaikan anugerah tersebut kepada Encik Mahadi, pengurus akaun di sebuah bank, dalam satu majlis di Hotel Concorde semalam.



Anugerah itu, yang kesembilan tahun ini, bertujuan merai bapa teladan dan memberi inspirasi kepada bapa lebih muda.



Encik Mahadi terpilih daripada tiga finalis. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai $3,000, manakala dua finalis yang lain menerima wang tunai $300 setiap seorang.



"Saya bersyukur dan saya tidak jangkakan kejayaan ini. Pengiktirafan daripada adik dan anak-anak saya adalah satu penghormatan buat diri saya.



"Setiap bapa mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan sendiri. Bagi saya, apa yang boleh dijadikan teladan ialah saya menjadi teman pendengar bagi anak dan mendekatkan diri dengan mereka," kata beliau.



Dalam ucapannya, Presiden Halimah berkata seorang bapa memainkan peranan penting dalam pembinaan keluarga yang kukuh.



"Bapa memainkan peranan penting dalam membina keluarga yang kuat dan mengasuh anak-anak, menyumbang kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak semasa tahun-tahun pembentukan mereka.



"Oleh itu, menggalak keibubapaan aktif mesti menjadi teras usaha kita membina keluarga kukuh dan untuk memberi anak-anak permulaan baik dalam hidup.



"Kita mesti terus menyokong bapa-bapa kita, sama seperti kita menyokong ibu-ibu," kata beliau.



Presiden Halimah menyifatkan acara anugerah tahun ini lebih bermakna kerana ia bertepatan dengan Tahun Meraikan Keluarga SG (YCF).



Beliau juga menyebut tiga trend yang dilihat hari ini mengenai peranan seorang bapa.



Tiga trend itu ialah bapa sekarang ingin melibatkan diri dalam kehidupan anak mereka; bapa kini menerima sokongan lebih kukuh; dan tempat kerja lebih menerima keperluan bapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >