Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Barangan masih boleh keluar masuk Singapura-Malaysia, kata PM Lee

Mar 17, 2020 | 03:43 PM

PENGANGKUTAN barangan dan kargo antara Singapura dan Malaysia, termasuk bekalan makanan akan diteruskan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (17 Mac).

Dalam satu pos Facebook, Encik Lee berkata beliau telah membincangkan situasi itu dengan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Berikut catatan penuh PM Lee di Facebook:

"Malam tadi, Malaysia mengumumkan yang ia akan menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk melawan penyebaran COVID-19. Ini tidak menghairankan, kerana banyak negara lain telah mengenakan sekatan serupa.

"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya membincangkan keadaan itu di telefon hari ini.

"Saya memberitahunya yang saya faham sebab mengapa beliau mengambil langkah ini, dan mengucapkan Malaysia berjaya membendung wabak itu.

"Saya gembira mendengar jaminannya bahawa aliran barangan dan kargo antara Singapura dengan Malaysia, termasuk bekalan makanan, akan diteruskan.

"Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tinggal di Johor tetapi bekerja di Singapura perlu mematuhi sekatan Malaysia.

"Ini akan menghalang mereka daripada berulang alik setiap hari, sekurang-kurangnya buat masa ini.

"Oleh itu, kami sedang membuat persiapan dengan syarikat-syarikat kami untuk membantu pekerja Malaysia ini tinggal di Singapura buat sementara waktu, jika mereka mahu berbuat demikian.

"Kami juga bersetuju untuk melantik menteri kanan di kedua-dua belah pihak - Encik Teo Chee Hean dan Dato' Sri Ismail Sabri - untuk menyelaraskan respons kami terhadap wabak COVID-19, terutamanya mengenai langkah-langkah yang boleh kita bekerjasama, atau di mana tindakan satu negara akan menjejaskan yang satu lagi.

"Mereka sudah berhubung, tetapi mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menghuraikan aturannya.

"Sementara itu, saya gembira melihat di pasar raya, sedang barisan lebih panjang daripada biasa, orang ramai bersikap tenang dan hanya membeli apa yang mereka perlukan.

"Kita tidak perlu bimbang, kerana kita telah bersiap sedia untuk kemungkinan yang sedemikian, dan mempunyai rancangan untuk mengatasinya.

"Lega rakyat Singapura tenang, bersatu dan berdaya tahan sedang kita menyelesaikan masalah yang dihadapi."  

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian