Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barclays buang pekerja S'pura dalam usaha kurangi lebih 1,000 kerja di seluruh dunia

Jan 21, 2016 | 03:28 PM



BARCLAYS telah membuang beberapa kakitangannya di Singapura, sebagai sebahagian daripada langkah global mengurangkan pekerjaan bank British itu.


Laporan media pada Rabu (20 Jan) berkata Barclays sedang mengurangkan lebih 1,000 pekerjaan di seluruh dunia, termasuk 230 di Asia, sedang bank itu mengecilkan skala operasi serantaunya.


Sumber rapat dengan Barclays Singapura, yang mempunyai kira-kira 3,200 kakitangan, mengesahkan laporan tersebut, sambil menambah bahawa lebih 10 pekerjaan dipotong dalam pasukan ekuiti dan kadar pasaran tempatan.


"Jumlah saya itu hanya bagi lantai perdagangan dan tidak termasuk pejabat sokongan di mana ramai lagi akan dilepaskan," sumber itu memberi akhbar The Straits Times.


Bloomberg News melaporkan sebelum ini bahawa Barclays akan menutup perniagaan penyelidikan ekuiti tunai, jualan dan perdagangan serta perdangan bon boleh tukar di seluruh Asia, menurut satu memo yang dihantar kepada pelanggan.


Dilaporkan bahawa bank itu akan menghentikan operasi di Australia, Taiwan, Korea Selatan dan Malaysia tetapi merancang mengekalkan pejabatnya di Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan India, dan broker utama dan derivatif perniagaan di Asia.


Kira-kira 80 jawatan di Tokyo telah dilupuskan pada pagi Rabu, kata Bloomberg.


Sumber memberitahu The Straits Times bahawa Barclays akan memberi tumpuan pada perbankan pelaburan di China, India, Singapura, Hong Kong dan Jepun.


Ia akan keluar dari perbankan pelaburan di Australia, Indonesia, Filipina dan Russia tetapi akan menyokong pelanggan dari luar kawasan itu.


Jurucakap Barclays, yang berpangkalan di Hongkong, Cik Angie Tang, memberitahu akhbar itu: "Kami sentiasa memantau peluang kami di kawasan geografi dan perniagaan berbeza sepanjang kitaran perniagaan. Jika firma membuat apa-apa keputusan, kami akan menyediakan pengemakinian."


Beliau enggan mengulas mengenai rancangan bank mengenai negara tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >