Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barisan kabinet baru didedahkan

Jul 25, 2020 | 03:13 PM



 



 



Barisan kabinet baru pemerintah: 



Encik Ong Ye Kung telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan. 



Encik Lawrence Wong akan menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Beliau akan mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Negara dan kekal sebagai Menteri Kedua Kewangan. 



Encik Desmond Lee pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara, sekaligus melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan  Keluarga. Tetapi beliau akan kekal dalam kementerian itu dan memegang peranan sebagai Menteri Bertanggungjawab dalam Penyatuan Khidmat Sosial. 



Sementara itu, Encik Masagos Zulkifli akan memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Kesihatan. Beliau juga akan kekal sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Encik Masagos mengundurkan diri sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



Cik Grace Fu akan dilantik sebagai Menteri Kemampanan dan Sekitaran. Ini setelah Kementerian Sekitaran dan Sumber Air dinamakan semula sebagai Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Cik Fu akan melepaskan peranannya sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. 



Cik Indranee Rajah dilantik sebagai Menteri Kedua Pembangunan Negara, dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Kedua Pendidikan. Beliau akan terus memegang peranan sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan. 



Dr Tan See Leng akan dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >