Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barisan Perpaduan

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



KEBANYAKAN wanita tidak menjalani Perkhidmatan Negara (NS). Namun, siapa kata mereka tidak boleh berkhidmat kepada negara?



Demikian tanggapan yang ingin anggota Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC), SV2 Juliana Juma'in, 41 tahun, hapuskan.



Ketika ditemui, guru sekolah menengah itu berkata:



"Saya mengajar Pendidikan Nasional (NE) di sekolah. Subjek itu menggalak pelajar lelaki supaya berkhidmat kepada negara.



"Jadi saya ingin laksana apa yang saya ajarkan dan tunjuk kepada mereka bahawa saya bukan sekadar menyuruh, malah melakukannya."



Buat julung-julung kalinya, seramai 72 anggota SAFVC membentuk kontinjen semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Cik Juliana menyertai kontinjen tersebut semalam. Beliau menjalani latihan kawad sejak April lalu.



Menurutnya, latihan memenatkan dan memerlukan tenaga jasmani serta mental yang kuat.



Apatah lagi, mereka pun menjalani latihan di bawah panas terik matahari semasa Ramadan.



"Memang pada masa itu saya dah tak boleh tahan tetapi dorongan yang diberi kepada satu sama lain membuat saya terus bersemangat mahu berlatih," katanya, yang menjadi relawan SAF sejak empat tahun lalu.



Beliau terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga untuk menjalani latihan. Namun, beliau tetap berpuas hati.



"Memang tidak sabar mahu ke Padang buat NDP selepas melalui latihan mencabar.



"Keadaannya seperti setelah bertungkus lumus belajar menjelang peperiksaan dan akhirnya menduduki kertas ujian itu. Rasanya seperti itu," tawa ibu tiga anak berusia antara tujuh dengan 15 tahun itu.



Anaknya pun teruja melihat ibu mereka beraksi di Padang semasa pratonton NDP baru-baru ini.



Mereka ghairah menunjukkan gambar kepada teman lalu menceritakan kisah ibu mereka itu.



"Pelajar juga memberitahu saya bahawa mereka bangga melihat guru mereka dan tercetus inspirasi dalam diri mereka mahu berkhidmat kepada negara," ujarnya, yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang mengajar.



Melalui pengalaman dalam NDP tahun ini, beliau menyaksikan kerjasama erat antara peserta. Hal tersebut turut menyemarakkan semangatnya.



"Persahabatan yang terjalin antara peserta boleh dilihat dalam kontinjen.



"Mereka prihatin akan kebajikan peserta lain, tidak kira bangsa atau agama, dan akan bertanya keadaan satu sama lain... Sama ada kita okey atau tidak," ujarnya.



Pada akhirnya, beliau ingin memaparkan rasa bangga terhadap Singapura sekali gus menyumbang kepada usaha melindunginya.



"Saya berharap saya juga dapat mencetuskan semangat sama dalam diri anak dan pelajar," katanya.




"Saya mengajar Pendidikan Nasional (NE) di sekolah. Subjek itu menggalak pelajar lelaki supaya berkhidmat kepada negara. Jadi saya ingin laksana apa yang saya ajarkan dan tunjuk kepada mereka bahawa saya bukan sekadar menyuruh, malah melakukannya."
- Guru sekolah menengah yang juga anggota Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC), SV2 Juliana Juma'in, 41 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >