Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baru 20 tahun, namun serius galas tugas sebagai jurulatih di Komand Latihan Polis

NS
Nov 05, 2017 | 05:30 AM



BELIAU hanya berusia 20 tahun, namun Konstabel Khas/Sarjan (SC/SGT) Mohamed Hasif Abdul Hakim serius menggalas tanggungjawabnya sebagai jurulatih di Komand Latihan Polis (Tracom).



Malah, anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) itu mahu memberi inspirasi kepada anggota NSF yang dilatihnya supaya mereka menjadi pegawai polis yang cekap melindungi negara ini.



Bekas pelajar Maktab Rendah Victoria itu memasuki NS pada April tahun lalu dan bakal selesai menjalaninya pada Februari depan.



Sejak September tahun lalu, SC/SGT Hasif menjalankan tugas sebagai jurulatih yang bertanggungjawab membantu anggota NSF baru menyesuaikan diri pada kehidupan NS, mendidik mereka tentang peraturan, disiplin dan sebagainya, serta melatih mereka.



SC/SGT Hasif percaya beliau memainkan peranan amat penting dalam pengalaman anggota NSF yang menjalani latihan. Sementara beliau perlu menjalankan tugasnya, beliau turut berusaha menjadi jurulatih yang empatetik dan dapat memahami cabaran yang dilalui pelatihnya.



"Jika anda mempunyai jurulatih yang sama komited dalam perjalanan dan pembangunan peribadi anda, ia akan meninggalkan kesan mendalam. Saya mahu memastikan mereka mempunyai pengalaman yang sama baik ataupun lebih baik daripada apa yang saya lalui. Itu yang mendorong saya," kata beliau.



Misalnya, semasa Ramadan lalu, SC/SGT Hasif perlu melatih skuad yang terdiri daripada anggota NSF beragama Islam semuanya. Ia bulan pertama mereka menjalani NS dan mereka perlu melakukan minimum tiga latihan jasmani setiap hari.



"Saya memberitahu mereka bahawa saya akan bersama mereka, melakukan latihan bersama dan ini caranya saya membuktikan kepada mereka saya mengambil berat dalam kesihatan jasmani dan perjalanan mereka," kata beliau, yang akan melanjutkan pengajian dalam jurusan sains dan pengurusan sukan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) setelah tamat menjalani NS nanti.



SC/SGT Hasif menambah bahawa beliau hanya ada dua objektif sebagai jurulatih - melatih anggota NSF menjadi pegawai polis berdisiplin dan cekap, dan menjadikan mereka manusia yang mempunyai perwatakan, nilai dan moral baik.



"Setelah mereka meninggalkan tempat ini dan meneruskan kehidupan mereka, saya rasa pengajaran dan nilai-nilai positif yang diraih semasa pengalaman ini akan terus memberi manfaat baik kepada mereka. Itu amat penting," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >