Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Baru-baru memang kekok tapi elok kita buat, kata Amrin

Ajak masyarakat sama-sama tangani Covid-19
Mar 26, 2020 | 05:30 AM



KRISIS yang sedang dihadapi Singapura kini membuat rakyatnya lebih menghargai perkara yang mungkin sebelum ini diambil mudah.



Justeru, warga Singapura perlu melakukan semua yang termampu dan bersatu untuk melawan penularan wabak koronavirus Covid-19 ini.



Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, semasa mengulas kesan Covid-19 terhadap Singapura dan rakyatnya dalam podcast #NoTapis Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sejak beberapa minggu lalu pemerintah telah mengumumkan beberapa langkah kawalan pencegahan.



Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin turut mengetatkan beberapa langkah yang diperkenalkan termasuk memastikan warga Singapura mematuhi nasihat jarak selamat.



Meskipun ia merupakan sesuatu yang belum pernah diamalkan sebelum ini, langkah itu merupakan satu langkah yang wajar dan masyarakat setempat perlu menjadikannya satu norma kehidupan baru, menurut Encik Amrin.



"Secara jujur sebenarnya ia memang satu perkara yang susah dan mungkin kita tidak biasa. Tetapi kita perlu biasakan diri kerana ini adalah satu keperluan masa kini.



"Walaupun kita rasa kekok pada mulanya, namun kita perlu menjadikannya satu tabiat," katanya yang turut berasa senang dengan tindakan kebanyakan tempat awam yang telah mematuhi arahan jarak selamat itu.



Tidak dinafikan wabak itu juga mencetuskan huru-hara di pelbagai pelusuk dunia, hingga ramai yang mengambil tindakan ekstrim seperti pembelian panik.



Namun menyusuli gelombang pertama pembelian panik yang berlaku selepas Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) ditingkatkan ke jingga pada 7 Februari lalu, Encik Amrin akur reaksi orang ramai kini lebih baik.



Beliau berkata ramai yang mengubah sikap terhadap pembelian panik setelah mengambil iktibar daripada kejadian pertama.



Menyifatkan insiden itu sebagai satu bahan pelajaran, Encik Amrin turut menekankan bahawa pendekatan pemerintah dalam menegur perbuatan tersebut bukanlah untuk mengecam, tetapi lebih kepada menasihati dan memahami kekhuatiran yang sedang dirasakan.



Beliau berpendapat ramai di kalangan mereka terikut-ikut dengan keadaan semasa, dan mempunyai mentaliti "awak beli, jadi saya juga perlu beli".



Ada pula yang berasakan mereka perlu menyimpan stok bekalan yang banyak agar dapat bersedia jika perkara buruk terjadi, kongsi Encik Amrin.



"Apa yang penting adalah kita harus menekankan bahawa apabila kita bertindak demikian, sebenarnya ia menjadi masalah kita semua. Ini kerana apabila kita membuat perkara seperti itu, ia akan menjejas kita semua.



"Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dan sama-sama menegur secara sopan agar melihatnya sebagai satu kebajikan bersama.



"Saya ingin memberi jaminan bahawa bekalan kita di Singapura mencukupi, jadi relaks lah!" ujarnya, tersenyum.



Namun beliau akur pandemik ini telah menyebabkan perubahan yang ketara dalam kehidupan harian.



Di samping menjejas ekonomi negara, ia juga mengganggu norma sosial.



Mengatakan demikian, Encik Amrin menambah ia perkara yang tidak dapat dielak namun dalam masa yang sama membawa banyak peluang baru. Antaranya ia membuka peluang untuk meningkatkan keupayaan dan menjaga kebajikan diri sendiri.



"Saya rasa insiden ini mengingatkan bagaimana kita perlu menghargai kebebasan kita dari segi perkara yang kita amalkan secara harian, misalnya cara kita bersalaman, solat berjemaah di masjid dan lain-lain.



"Apabila virus ini menular, ia membuat kita berfikir sejenak tentang perkara yang sangat berharga pada diri kita seperti menjaga kesihatan diri dan bagaimana kebebasan yang kita ada sebelum ini tidak boleh diambil mudah," katanya.



Beliau turut berkongsi kedukaan bakal mempelai yang terpaksa menangguhkan majlis walimah mereka dek nasihat yang dikeluarkan agar mengelak mengadakan atau menyertai acara sosial dan perhimpunan lebih 10 orang.



"Ini merupakan satu ujian yang perlu kita tempuhi bersama, kita harus cuba hidup seperti biasa dan usah putus semangat, dan marilah kita saling membantu antara satu sama lain supaya kita dapat menangani cabaran ini bersama," ujarnya.



Lantas, Encik Amrin menegaskan bahawa virus ini tidak harus dipandang remeh dan perlu diberi perhatian sepenuhnya.



Beliau berkata: "Jika kita terus bersikap tidak mengambil kisah tentang virus ini, kita akan mendatangkan kemudaratan yang sangat besar kepada masyarakat.



"Kita harus bersikap bertanggungjawab dan saya mengajak semua masyarakat untuk sama-sama ambil peduli supaya kita dapat menempuh cabaran ini."




APA KATA AMRIN AMIN



MENGENAI SOKONGAN MASYARAKAT TERHADAP PENUTUPAN MASJID DAN BAZAR RAMADAN

“Dari sudut pandangan individu, ini perkara yang amat penting dalam diri kita... masjid adalah tempat kita berkumpul, tempat yang kita sanjungi dan sayangi. Namun, kita sanggup berbuat demikian demi memberi tentangan hebat terhadap virus ini. Ia satu tindakan baik dan bukan sahaja menunjukkan kematangan masyarakat kita, malah kebolehan masyarakat tidak bertindak mengikut emosi.”



MENGENAI PERI PENTING AMBIL IKTIBAR DARI KRISIS COVID-19

“Saya rasa insiden ini mengingatkan bagaimana kita perlu menghargai kebebasan kita dari segi perkara yang kita amalkan seharian misalnya cara kita bersalaman, solat berjemaah di masjid dan lain-lain. Apabila virus ini menular, ia membuat kita berfikir sejenak tentang perkara yang sangat berharga pada diri kita seperti menjaga kesihatan diri dan bagaimana kebebasan yang kita ada sebelum ini tidak boleh diambil mudah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >