Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas awam pertama di SG dipasang panel suria

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



BAS awam pertama di Singapura yang dipasang panel suria sudah mula beroperasi di jalan raya semalam dalam satu percubaan bukti konsep selama enam bulan oleh syarikat pengendali bas Go-Ahead Singapore.



Panel suria setebal 1.6 millimeter, fleksibel dengan bahan kaca kukuh telah dipasang di bumbung dua bas dikuasai diesel Man A22 Euro 6.



Dua bas itu akan digunakan bagi khidmat nombor 15, yang bermula dan berakhir di Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris, dalam satu percubaan yang akan dijalankan hingga September ini.



Dengan berat kurang 20 kilogram, panel itu boleh menjana 1,000 watt tenaga.



Ia akan digunakan untuk mengecas bateri dalam bas, yang sebaliknya harus bergantung pada pengulangalik kenderaan itu. Ini seterusnya akan mengurangkan beban pada enjin bas.



Bateri bas biasanya digunakan bagi pencucuhan dan untuk memberikan kuasa kepada bas apabila enjin dimatikan.



Panel itu dijangka membantu Go-Ahead Singapore menjimatkan 1,400 liter diesel bagi setiap bas setiap tahun.



Ini sekitar 3 hingga 4 peratus bahan api yang biasanya digunakan bas Man A22 dan akan mencatatkan pengurangan 3.7 tan pengeluaran karbon bagi setiap bas setiap tahun.



Perangkaan itu adalah berdasarkan data daripada satu percubaan serupa yang dijalankan Go-Ahead sejak 2019 di Southampton di United Kingdom, di mana terdapat 18 bas kini yang dipasang panel suria itu.



Percubaan selama enam bulan itu di sini bertujuan menilai bagaimana bas tersebut beroperasi di Singapura, betapa berkesan panel tersebut dalam memanfaatkan tenaga suria dan mengurangkan penggunaan bahan api, dan untuk memastikan panel tersebut cukup kuat untuk menahan suhu lebih tinggi dan kegiatan mencuci bas setiap hari.



Disebabkan iklim tropika dan cerah Singapura, bas dipasang panel suria itu dijangka mencatatkan hasil lebih baik di sini, kata pengarah urusan Go-Ahead Singapore, Encik Andrew Thompson.



"Jika kami lihat pada penjimatan dan manfaat yang kami jangkakan, maka kami pasti ingin memasangnya pada lebih banyak bas, secara berpotensi, termasuk bas elektrik juga.



"Kami perlu bekerjasama dengan LTA (Penguasa Pengangkutan Darat) bagi projek ini. Bas-bas ini sebenarnya semua milik LTA, namun mereka banyak memberikan sokongan.



"Kebanyakan bas diesel di Singapura masih ada hayat bertahun-tahun… Dengan memasang panel suria, kami dapat menjadikan bas diesel lebih hijau dan berkesan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >