Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas dua tingkat langgar perhentian teksi di Yishun; dua pejalan kaki, pemandu cedera

Nov 06, 2021 | 06:13 PM



SATU bas dua tingkat merempuh perhentian teksi berbumbung di Yishun pada Sabtu (6 Nov), dengan seorang kapten bas Tower Transit berusia 63 tahun dibawa ke hospital bersama dua wanita berusia 60 dan 64 tahun.

Kemalangan yang melibatkan perkhidmatan bas 969 itu menyebabkan struktur di Yishun Avenue 2 runtuh sebahagiannya.

Perhentian teksi itu terletak bersebelahan stesen MRT Yishun, dan bas itu dalam perjalanan dari Tampines ke Woodlands.

Kedua-dua wanita itu adalah pejalan kaki.





Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan bantuan sekitar 1 petang, berkata ketiga-tiga mereka telah dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat.

Dalam satu catatan Facebook, pengendali bas Tower Transit berkata kapten bas itu telah digantung tugas.



Sementara itu, dalam satu catatan Facebooknya, Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau dimaklumkan tentang kemalangan itu dan terus ke tempat kejadian tidak lama kemudian untuk menilai keadaan.

“Pemeriksaan awal menunjukkan bas dua tingkat mungkin telah memasuki perhentian teksi (terletak) betul-betul di luar stesen MRT. 

“Ia melanggar salah satu struktur yang menyokong laluan sambungan berbumbung, menyebabkan bumbung itu runtuh.

“Saya berhubung dengan LTA, SCDF dan polis untuk mendapatkan perkembangan lanjut.

“Kami akan bekerjasama untuk menyelesaikan keadaan ini dan memberi sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka,” katanya yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >