SEBUAH bas Tower Transit dua tingkat mengalami kerosakan setelah ia terlanggar bumbung tempat berteduh yang dikhaskan buat pemandu menurunkan penumpang mereka di sebelah bangunan VivoCity semalam.
Cik Agnes Tan, seorang penumpang di dalam perkhidmatan bas nombor 97 itu berkata ketika kejadian tersebut berlaku sekitar 7.20 pagi semalam, beliau dan penumpang lain terdengar "bunyian kuat di bumbung bas, seperti ia tergeser sesuatu".