Bau terbakar di timur S'pura ekoran kebakaran tapak pelupusan sampah Johor: NEA

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menentukan sumber bau terbakar di timur Singapura sebagai berpunca daripada kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah di Johor.

Seorang jurucakap berkata semasa pemeriksaan NEA, ia juga menjangkau kepada Jabatan Sekitaran (Johor), yang mengesahkan pagi tadi (9 Feb) bahawa terdapat satu kebakaran di sebuah tapak pelupusan sampah di Bandar Tenggara, di tenggara Johor.

"Kebakaran itu telah berlaku sejak 5 Februari 2019, dan pihak berkuasa Malaysia telah bekerja sepanjang masa untuk menghentikan kebakaran tersebut," tambahnya.

Pagi semalam, bau terbakar yang kuat dilaporkan di beberapa bahagian timur Singapura termasuk Tampines, Bedok dan Pasir Ris.  

Angin di Singapura telah bertiup dari arah timur laut sepanjang beberapa hari lalu dan dijangka berterusan bagi beberapa hari akan datang, kata jurucakap NEA.

Beberapa warga Singapura masih mengalami bau terbakar pagi ini, menurut kiriman di media sosial.