Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar $100 bagi semua yang telah, sedang berkhidmat sempena 50 tahun NS

Feb 07, 2017 | 12:02 PM



SATU juta lelaki yang telah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepanjang 50 tahun lalu akan menerima $100 dalam bentuk baucar, tetapi pengorbanan mereka untuk negara tidak ternilai, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).



Pada Selasa (7 Feb), Menteri Pertahanan Ng Eng Hen melancarkan pakej pengiktirafan NS50 untuk menandakan 50 tahun NS, dengan setiap anggota NS - yang telah mahupun sedang berkhidmat - akan menerima baucar $100 yang boleh digunakan di kedai runcit dan makanan dan minuman (F&B).



Pengarah tenaga kerja Mindef, Encik Lee Chung Wei, berkata baucar itu tanda pengiktirafan dan tidak boleh membayar balik pengorbanan dalam berkhidmat kepada negara.



"NS tidak ternilai - anda tidak boleh meletak nilai dolar padanya... Jika anda memberi tumpuan pada nilai dolar, anda sebenarnya meremehkan NS," kata Encik Lee kepada pemberita dalam satu taklimat media pada Khamis (2 Feb) lalu, sebelum pengumuman Dr Ng.



"Yang kita mahu capai tahun ini ialah masyarakat menunjukkan penghargaan mereka, melalui acara mereka sendiri," katanya.



Bagi tujuan itu, 1 hingga 10 Ogos ditetapkan sebagai minggu NS50, dengan pelbagai kegiatan akan dianjurkan, seperti perkelahan bertemakan NS50 dengan kerjasama Families for Life, sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang menggalak keluarga berdaya tahan.



Pusat Penemuan Singapura pula akan menganjurkan lawatan dengan bas ke tapak penting bagi NS, seperti Kem Pasir Laba.



Pertubuhan dan perniagaan juga telah merancang upacara ikrar bagi mengisytiharkan sokongan mereka kepada NS.



Peruncit yang menawarkan diskaun dan promosi NS sebagai sebahagian daripada Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Julai pula akan melanjutkannya ke minggu NS50 itu.



Ketua Jabatan Ehwal Perkhidmatan Negara Mindef, Kolonel Clifford Keong, berkata beliau gembira banyak inisiatif itu dirancang dari bawah.



Menurut beliau, kira-kira 250 peruncit menyertai Hari SAF tahun lalu dan beliau yakin lebih banyak akan mengambil bahagian tahun ini.



Sebuah portal NS50 (NS50.sg) akan menyediakan maklumat lanjut. Ia juga akan menyenaraikan kedai tempat baucar $100 itu boleh digunakan.



Anggota yang layak menerima baucar itu mesti telah menamatkan NS atau sedang berkhidmat pada 1 Januari tahun ini.



Selain itu, mereka yang sedang atau telah menamatkan perkhidmatan kerahan NS akan mendapat tambahan satu tahun keanggotaan Safra/HomeTeamNS.



Encik Lee berkata: "Kita tidak boleh mengambil ringan bahawa kita telah mencapai 50 tahun NS. Ia bukan sesuatu yang mudah dan ia sesuatu yang boleh dibanggakan.



"Dan bukan Mindef sahaja, bahkan semua anggota kerahan, keluarga mereka, majikan mereka... ia memerlukan pengorbanan dan sokongan oleh semua pihak berkepentingan ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >