Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar makanan pelega beban pesara

Aug 12, 2018 | 05:30 AM



DENGAN tahap kesihatan yang kian menurun dan faktor usia, Encik Ahmad Rawi terpaksa bersara daripada pekerjaannya sekitar empat tahun lalu.



Tanpa pendapatan bulanan yang tetap, Encik Ahmad, 71 tahun, yang merupakan pencari nafkah utama keluarga, terpaksa mendapatkan bantuan kewangan daripada agensi serta pertubuhan kebajikan bagi menyara kehidupan beliau dan isterinya.



"Sejak menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol, saya terpaksa berhenti bekerja kerana perlu menjalani rawatan dan sering dimasukkan hospital.



"Tanpa pekerjaan, agak sukar bagi saya dan keluarga menanggung perbelanjaan seharian saya dan isteri," keluhnya.



Justeru, bagi membantu meringankan perbelanjaan sehariannya, Encik Ahmad disampaikan dengan baucar makanan bernilai $30 yang mampu digunakan bagi mendapatkan makanan dari enam kedai kopi di sekitar kejiranan Tampines West.



Baucar tersebut yang turut diberikan kepada 150 penduduk berpendapatan rendah, diagihkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Karnival Masyarakat Fest@West di Tampines West Central Plaza, semalam.



Bersyukur atas bantuan yang diterima itu, Encik Ahmad yang hadir di acara itu bersama isteri, Cik Saniyaton Bakir, 69 tahun, seorang suri rumah, berkata:



"Saya dan isteri dapat gunakan baucar ini untuk membeli makanan di kedai kopi sekitar kejiranan kami.



"Dengan bantuan yang kami terima ini, ia juga dapat membantu meringankan beban kewangan kami. Maklumlah, saya dan isteri sudah tak bekerja lagi," ujar Encik Ahmad yang tinggal di Tampines Street 12.



Pengagihan baucar makanan itu adalah sebahagian daripada usahasama Persatuan Peniaga Tampines West (TWMA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta pelajar dari Jabatan Pengurusan Acara Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central dalam menyokong gerakan SG Care bagi mendekati keluarga yang memerlukan.



Encik Masagos yang turut melancarkan inisiatif berkongsi payung di kawasan kejiranan itu yang dikenali sebagai Borrow Use Return mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam membantu penduduk.



Encik Masagos yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Tampines berkata:



"Acara hari telah menyatukan rakan kongsi daripada pelbagai pihak termasuk pelajar, peniaga di kawasan ini, pertubuhan masyarakat serta penduduk.



"Dengan kerjasama ini, kami telah menganjurkan satu acara yang penuh bermakna bagi mendekati dan membantu mereka yang memerlukan.



"Saya menggalak semua agar mencari peluang yang dapat kita lakukan dalam membangun satu kawasan kejiranan yang baik hati lagi membina Singapura yang prihatin di samping menjadikan negara ini sebagai tempat tinggal kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >