Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar Teroka Semula SG boleh diguna hingga 31 Mac 2022 tapi tempahan perlu dibuat jelang 31 Dis tahun ini: STB

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura kini boleh menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) yang boleh digunakan untuk menempah penginapan hotel, tiket ke tempat tarikan dan lawatan hingga 31 Mac 2022, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Namun, mereka harus membuat tempahan itu sebelum 31 Disember.



Skim tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Disember, dengan kesemua pengalaman yang ditempah menggunakan SRV harus berlangsung sebelum tarikh itu.



Namun menerusi satu kenyataan semalam, STB berkata mereka faham bahawa sesetengah warga tidak dapat menggunakan baucar itu disebabkan jumlah saiz kumpulan yang dikurangkan dan had jumlah pengunjung di beberapa tempat.



Oleh itu, langkah ini akan membolehkan lebih ramai warga Singapura menggunakan SRV mereka.



"Kami menggalak warga Singapura merancang awal dan menempah pengalaman itu awal, lebih-lebih lagi bagi musim perayaan akan datang dan cuti sekolah pada Disember dan Mac," ujar STB.



Tambahnya, lima wadah tempahan - Klook, Changi Recommends, Traveloka, Trip.com dan GlobalTix - akan menambah slot tempahan bagi pengalaman yang boleh dinikmati hingga 31 Mac tahun depan.



Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh membawa dokumen pengenalan asli mereka untuk menempah pengalaman tersebut di kaunter tempahan fizikal SRV di serata negara sebelum 31 Disember.



Ini termasuk di beberapa kelab masyarakat seperti Kelab Masyarakat Bedok, Changi Simei, Hong Kah North, Jalan Besar, Hougang, Rivervale dan Toa Payoh Central serta pejabat pos tertentu seperti di Ang Mo Kio Central, Bishan, Bukit Merah, Tanjong Pagar, Geylang East, Jurong Point dan Woodlands Central.



Mereka juga boleh membuat tempahan menggunakan SRV di beberapa pusat beli-belah seperti Bukit Panjang Plaza, City Square Mall dan Our Tampines Hub serta tempat tarikan Gardens by the Bay, The Canopy; Jewel Changi Airport dan Sentosa Express di stesen Vivocity.



Mereka yang ingin menderma SRV mereka boleh melakukan demikian di wadah Klook, Changi Recommends, Traveloka, Trip.com dan GlobalTix sebelum 31 Disember.



Mereka juga boleh mendermanya menerusi kaunter tempahan fizikal SRV.



STB turut mengingatkan warga bahawa penjualan semula atau menukar SRV bagi wang tunai tidak dibenarkan.



STB menjalankan pemeriksaan kerap untuk memastikan SRV digunakan bagi tujuannya dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap perusahaan atau individu yang menyalahguna skim itu.



Hingga 1 November lalu, hampir 1.3 juta warga Singapura telah menggunakan SRV mereka sekurang-kurangnya sekali, dengan sejumlah $256 juta telah dibelanjakan untuk mengagihkan baucar itu dan bagi perbelanjaan lain di bawah skim tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >