Baucar utiliti bantu ibu tunggal lunas bil elektrik selama enam bulan
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
TIDAK perlu lagi menangguh pembayaran bil api air dengan adanya bantuan baucar utiliti.
Ibu tunggal, Cik Nur (bukan nama sebenar), 31 tahun, berkata beliau selalunya menangguhkan pembayaran bil api air dan membayar sedikit demi sedikit supaya bekalan tidak dipotong.