KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI

Bayaran bagi urus penajaan jadi fokus

ISU pembayaran yang dibuat oleh Majlis Pusat (MP) kepada sayap perniagaan badan itu, Global Astir, mengenai pelaksanaan projek penyalaan lampu Hari Raya (HRLU) 2011 menjadi antara fokus perbicaraan kes terhadap dua bekas pemimpin MP semalam.

Saksi pihak pendakwa, Encik Zulkifli Mohammed, yang merupakan Presiden MP ketika itu, telah disoal peguam pihak tertuduh mengenai proses pembayaran tersebut.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan