Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran berperingkat diperkenal bagi Skim Ihsan Senja

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian daripada peningkatan ke atas Skim Ihsan Senja (Silver Support Scheme) yang dilaksana tahun ini, satu pembayaran berperingkat baru telah diperkenal.



Ia bagi warga emas yang pendapatan per kapita bulanan isi rumah mereka lebih tinggi.



Ia merupakan satu perubahan berbanding tahun lalu di mana warga emas yang mengalami kemajuan dalam keadaan hidup mereka tidak lagi boleh menerima sokongan daripada skim itu.



Dengan pembayaran berperingkat baru itu, warga emas kini boleh terus menerima pembayaran tetapi pada kuantum berkurangan.



Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, berkata demikian di Parlimen semalam sebagai menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar), yang ingin tahu keadaan kuantum pembayaran Skim Ihsan Senja mungkin dikurangkan bagi penerima.



Beliau turut bertanya apakah ada cara perubahan dalam jumlah pembayaran boleh diperjelas dengan lebih baik untuk mengurangkan rasa cemas dan kesan sampingan negatif bagi warga emas yang tidak sedar atau tidak menjangka pengurangan jumlah itu.



Skim tersebut membantu warga emas berpendapatan rendah semasa bekerja dan sekarang mempunyai wang berkurangan bagi persaraan.



Secara keseluruhan, pemerintah akan mengagihkan sekitar $600 juta dalam pembayaran skim itu kepada hampir 250,000 warga emas tahun ini.



Jumlah itu dua kali ganda daripada $330 juta yang dibayar kepada 150,000 warga emas tahun lalu.



Kesemua warga emas layak bagi skim itu dalam sebarang tahun akan diberitahu secara automatik berhubung jumlah pembayaran mereka oleh Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Disember tahun sebelumnya.



"Kami amat memahami bahawa ada sesetengah warga emas masih memerlukan bantuan untuk mereka menerima perubahan pada pembayaran mereka.



"Kami akan menimbangkan rayuan bergantung pada setiap kes," ujar Cik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >