Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN BERDAYA TAHAN

Bayaran denda lewat bayar pinjaman HDB digantung tiga bulan

Mar 27, 2020 | 05:30 AM



PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang menghadapi kesukaran melunas denda kerana lewat membayar ansuran pinjaman dari HDB tidak perlu membayar denda selama tiga bulan.



Agensi perumahan nasional itu juga akan bersikap fleksibel dalam memberi bantuan dalam tempoh tersebut, menerusi langkah yang sedia ada seperti menganjak bayaran ansuran pinjaman bagi enam bulan, kata Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.



Beliau berkata: "Saya akan menggantung semua bayaran denda bagi ansuran pinjaman HDB yang tertunggak selama tiga bulan, bagi mereka yang bergelut membayar ansuran pinjaman rumah dalam tempoh yang sukar ini.



"HDB akan terus bersikap fleksibel dalam memberikan bantuan dalam tempoh ini, menerusi langkah sedia ada seperti menganjak bayaran ansuran selama enam bulan."



Encik Heng berkata demikian di Parlimen semalam semasa mengumumkan keputusan pemerintah untuk 'membekukan' semua bayaran dan yuran pemerintah bagi tempoh setahun dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.



"Ini merangkumi semua bayaran bagi perkhidmatan pemerintah," kata Encik Heng, yang menyampaikan Belanjawan Berdaya Tahan, belanjawan susulan Belanjawan 2020 yang bertujuan membantu warga Singapura mengatasi cabaran ekonomi akibat penularan Covid-19.



Keputusan pemerintah untuk bertindak secara lebih fleksibel bagi yuran dan pinjaman adalah untuk membantu warga Singapura menampung perbelanjaan sara hidup dan menghadapi cabaran dalam tempoh tidak menentu ini, kata Encik Heng.



"Pemerintah akan bersikap lebih fleksibel terhadap yuran dan pinjaman dalam tempoh ini," kata Encik Heng.



Dalam pada itu, siswazah dan lulusan politeknik yang mengambil pinjaman pemerintah untuk membayar yuran sekolah tidak perlu membayar ansuran pinjaman dan bayaran faedah selama setahun dari 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.



"Ini bertujuan membantu lulusan yang bimbang tentang bayaran ansuran pinjaman pelajar sedang mereka mencari kerja dalam iklim ekonomi kini," ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >