Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran ke atas amah Indonesia yang mahu bekerja di sini dihadkan

Feb 03, 2017 | 09:45 AM



MULAI 1 Mac, jumlah yang perlu dibayar pembantu rumah Indonesia kepada pihak yang mengrekrut mereka dan agensi pekerjaan untuk bekerja di Singapura akan dihadkan.



Jumlah itu tidak harus melebihi $2,700 bagi kontrak dua tahun, umum Kedutaan Indonesia dalam surat pekeliling yang dihantar kepada agensi pekerjaan Singapura dan perekrut di Indonesia pada Selasa (31 Jan).



Had bagi pembantu rumah Indonesia dari Jawa ialah $2,550.



Langkah itu diambil selepas garis panduan sama diumum minggu lalu bagi pembantu rumah Filipina, yang harus meminjam hanya hingga $1,100 untuk menampung kos di negara asal mereka sebelum datang ke sini.



Surat pekeliling Indonesia kepada agensi pekerjaan juga mengingatkan mereka mengenai gaji bulanan minimum $550 sebelum bayaran sebagai ganti hari cuti.



Jurucakap Kedutaan Indonesia berkata masih ada pembantu rumah yang dikenakan bayaran berlebihan dan dibayar kurang daripada gaji minimum, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (3 Feb).



Beliau berkata kedutaan itu boleh memeriksa syarat pekerjaan dan butiran pembayaran apabila pembantu rumah memperbaharui kontrak mereka atau mendaftar bagi kad pengenalan yang diwajibkan.



"Jika kami mendapati mana-mana agensi masih mengenakan potongan tinggi atau memberi gaji rendah, kami akan menghubungi mereka untuk mengingatkan mereka. Jika mereka tidak mematuhi syarat, kami akan membekukan proses dokumen mereka," kata jurucakap itu.



Selain bayaran agensi sini, batasan bayaran itu termasuk bayaran untuk perekrut dan perbelanjaan di Indonesia, yang masing-masing berjumlah kira-kira $1,350 dan $1,500 bagi pembantu rumah dari dan luar Java.



Agensi pekerjaan di sini berkata perekrut di Indonesia perlu mengurangkan jumlah bayaran yang mereka kenakan untuk memenuhi syarat itu.



Walaupun struktur kos telah dinyatakan sebelum ini oleh pihak berkuasa Indonesia, beberapa pembantu rumah dikenakan bayaran melebihi $3,000, kata Ppresiden Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapore), Cik K. Jayaprema.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >