Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bayaran khas hingga 2.1 bulan gaji bagi jururawat awam

Ye Kung: Tiba masa iktiraf jasa jururawat tungkus lumus sokong sistem kesihatan
Aug 01, 2022 | 05:30 AM

LEBIH 25,000 jururawat yang berkhidmat dalam kelompok penjagaan kesihatan awam akan menerima pakej bayaran khas antara 1.7 dengan 2.1 bulan daripada gaji asas mereka sebagai tanda untuk mengiktiraf kerja keras dan sumbangan golongan ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Jururawat yang berkhidmat dalam kelompok penjagaan kesihatan awam - National Healthcare Group (NHG), Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), dan SingHealth - layak bagi pakej tersebut.

Pakej itu juga akan diperluaskan kepada lagi 2,600 jururawat yang bekerja di pertubuhan penjagaan masyarakat yang dibiayai awam.

"Sedang kita meraikan Hari Jururawat pada 1 Ogos, sudah tiba masanya untuk menunjukkan penghargaan mendalam kita kepada jururawat kita yang terus bertungkus lumus untuk menyokong seluruh sistem penjagaan kesihatan," kata MOH.

Dinamakan pakej Bayaran Khas Jururawat (NSP), ia akan dikira berdasarkan gaji asas berdasarkan 1 Disember tahun ini.

Ini terdiri daripada NSP biasa iaitu 0.5 bulan, yang akan dibayar pada Disember ini dan NSP dipertingkat antara 1.2 dengan 1.6 bulan, yang akan dibahagikan sama rata dalam dua bahagian untuk dibayar pada Mac 2023 dan September 2023 kepada jururawat yang kekal dalam khidmat berterusan bersama pertubuhan yang menggajikan mereka.

MOH, dalam satu kenyataan semalam, berkata sedang penduduk Singapura menua, permintaan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan tenaga manusia akan terus meningkat.

Kementerian komited untuk membina teras tempatan bagi tenaga kerja dalam bidang kejururawatan demi memenuhi permintaan masa depan.

Ini dilakukan dengan memperbaiki daya tarikan profesion kejururawatan, dan mengembangkan peluang latihan dalam bidang tersebut bagi kedua-dua siswazah dan mereka yang ingin bertukar kerjaya.

"Untuk memastikan kita terus menarik dan mengekalkan kakitangan dan mempertahankan daya saing pasaran, gaji asas jururawat dalam sektor penjagaan kesihatan awam dipertingkat antara 5 peratus dengan 14 peratus," tambahnya.

Fasa pertama peningkatan ini berlaku pada Julai tahun lalu, manakala fasa kedua berlaku bulan lalu.

Kelompok penjagaan kesihatan awam akan berkongsi maklumat mengenai NSP bersama kakitangan kejururawatan mereka di institusi penjagaan kesihatan awam.

Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) akan membuat susulan dengan pertubuhan penjagaan masyarakat yang dibiayai awam mengenai butiran pembiayaan bagi sektor mereka.

Mengulas mengenai bayaran khas itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dalam posnya di Facebook berkata:

"Ini merupakan bayaran yang penting untuk menarik dan mengekalkan bakat jururawat. Kami akan menyokong mereka dalam setiap cara yang kami mampu.''

Memberi jaminan bahawa golongan pekerja ini akan terus disokong, Encik Ong berkata pandemik Covid-19 terus menambah beban yang berat ke atas para jururawat.

"Kita tidak dapat berterima kasih dengan cukup kepada jururawat kita atas kerja hebat mereka, lebih-lebih lagi dalam pandemik yang berlarutan ini," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3