Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Bayaran Skim Ihsan Senja bagi warga emas dipertingkat 20% mulai 2021

Kriteria pendapatan sepanjang hayat, pendapatan bulanan isi rumah diperluas bagi setiap individu daripada $1,100 kepada $1,800
Mar 04, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan meningkatkan sokongan buat warga emas di bawah Skim Ihsan Senja dengan meningkatkan pembayaran setiap suku tahun sebanyak 20 peratus bagi semua jenis flat mulai 1 Januari 2021.



Pemerintah juga akan memperluaskan kriteria bagi pendapatan sepanjang hayat dan kriteria bagi pendapatan bulanan isi rumah bagi setiap individu daripada $1,100 kepada $1,800, dengan dua peringkat pembayaran.



Demikian diumumkan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, semalam.



"Dengan peningkatan ini, hampir 250,000 rakyat Singapura berusia 65 tahun dan ke atas akan meraih manfaat pada 2021. Ini tambahan sekitar 100,000 individu berbanding hari ini.



"Pembayaran Skim Ihsan Senja keseluruhan akan bertambah hampir seganda daripada $330 juta buat masa ini kepada sekitar $620 juta pada 2021," kata beliau dalam bahas Belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Parlimen.



Skim itu menyasar warga emas yang meraih pendapatan rendah sepanjang hayat mereka dan tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi.



Skim itu telah mengagihkan hampir $1.6 bilion kepada lebih 200,000 warga emas sejak 2016.



Cik Teo berkata MOM akan terus menyemak dasar untuk mempertingkat kecukupan persaraan rakyat Singapura.



Cik Teo turut mengumumkan satu Skim Sokongan Latihan Individu Bekerja Sendiri (SEP) bernilai $36 juta yang akan memberi sokongan kepada golongan SEP menimba kemahiran semasa tempoh wabak koronavirus ini.



Di bawah skim itu, semua SEP akan diberi elaun latihan $7.50 sejam apabila mereka menyertai kursus di bawah Siri SkillsFuture dan program latihan sektor tertentu yang terpilih sepanjang tiga bulan mendatang.



"Skim ini bukan hanya akan menambahkan pendapatan mereka, malah membantu mereka menjadi lebih bersedia untuk masa depan," kata Cik Teo.



Beliau menambah bahawa tidak ada had bagi kursus latihan yang boleh disertai SEP.



Skim itu akan ditadbir Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan pihak mereka akan memberi butiran lanjut tentang permohonan skim itu tidak lama lagi.



Berdasarkan tinjauan terkini mereka, Cik Teo berkata bilangan individu yang mengendalikan perdagangan atau perniagaan sendiri tanpa pekerja bergaji sebagai pekerjaan utama mereka kekal mantap pada sekitar 8 hingga 10 peratus daripada tenaga kerja penduduk.



Kebanyakan SEP juga memilih untuk bekerja sendiri berbanding mempunyai pekerjaan tetap, tambahnya.



Dalam pada itu, pemerintah juga akan memadankan setiap dolar bagi sumbangan Sumbang-sambil-anda-Raih Pendapatan (Caye) yang dibuat SEP pada 2020, dihadkan pada $600.



Skim Caye itu dirintis awal tahun ini untuk membantu golongan SEP menyimpan wang bagi keperluan jagaan kesihatan mereka menerusi sumbangan MediSave kecil dan lebih kerap apabila mereka menerima bayaran.



Sekitar 400 SEP telah membuat sumbangan Caye pada Januari lalu.



Dalam pada itu, warga emas berpendapatan rendah dan terutamanya pekerja gig serta penjaga 'tidak dibayar' boleh mendapatkan dana persaraan lebih tinggi melalui Skim Simpanan Persaraan Yang Dipadankan (MRSS) dari 2021 hingga 2025, kata Cik Teo.



Sekitar 435,000 rakyat Singapura akan layak bagi MRSS setiap tahun.



Cik Teo menambah bahawa tidak ada sekatan tentang siapakah yang boleh menyumbang.



Misalnya, majikan boleh menggunakan MRSS sebagai manfaat kakitangan untuk mengiktiraf pekerja warga emas yang sudah lama berkhidmat dan membantu mereka menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan manakala orang dewasa bekerja pula boleh menokok akaun pasangan atau ibu bapa mereka.



"Pemerintah akan memadankan tokokan wang tunai yang dibuat kepada Akaun Persaraan pencarum yang layak, sehingga $600 setiap tahun atau $3,000 sepanjang lima tahun," kata Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >