Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Bayaran Skim Sokongan Sewa kedua dibayar pada 22 Sept

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bayaran Skim Sokongan Sewa kedua dibayar pada 22 Sept

Sep 18, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 35,800 penyewa dan pemilik-penghuni akan menerima bayaran Skim Sokongan Sewa (RSS) kedua mulai 22 September ini.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dan Kementerian Kewangan (MOF) berkata bayaran yang secara keseluruhan berjumlah lebih $200 juta akan diagihkan sekitar sebulan lebih awal daripada dijadual.

Ini bagi memastikan perniagaan menerima bantuan aliran wang tunai secepat mungkin.

"Seperti bayaran RSS pertama yang diagihkan pada 6 Ogos, sokongan sewa akan ditawarkan secara langsung kepada penyewa tanpa perlu melalui tuan tanah.

"Mekanisme bayaran ini telah membolehkan penyewa untuk menerima bayaran RSS daripada pemerintah tepat pada masanya," kata kenyataan itu.

Bantuan sewa itu ditawarkan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) dan pertubuhan bukan mengaup untung yang layak dengan pendapatan tahunan tidak melebihi $100 juta.

Mereka adalah penyewa atau pemilik-penghuni bagi hartanah komersial yang layak.

Bayaran RSS kedua diumumkan pada 23 Julai oleh MOF untuk menyokong perniagaan dengan kos sewa semasa fasa kedua (kewaspadaan dipertingkat) dari 22 Julai hingga 18 Ogos.

Bayaran kedua itu sama dengan setengah bulan sewa bagi tempoh dari 22 Julai hingga 18 Ogos.

Secara keseluruhan, dua bayaran RSS ini menyokong kos sewa perniagaan melebihi $400 juta.

Mereka yang layak akan diberitahu melalui pos berhubung bayaran wang tunai RSS.

Mereka juga boleh melungsuri laman myTax Portal dari 22 September untuk melihat salinan elektronik surat tersebut.

Mereka yang tidak mempunyai PayNow atau bayaran giro akan menerima cek menjelang 6 Oktober.

Mereka yang layak tetapi tidak menerima notifikasi bayaran perlu menghantarkan permohonan kepada Iras.

Permohonan akan dibuka pada 29 September dan ditutup 12 November.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3