Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran sudah dibuat, kerja tidak siap, firma ubah elok lesap

Oct 19, 2015 | 11:07 AM



ENCIK Jai Amir, 35 tahun, mendapatkan syarikat D'Concept Design untuk mengubah elok flatnya Jun lalu, selepas mendapatkan sebut harga daripada sembilan syarikat lain.


Pereka daripada D'Concept Design melawatnya empat kali untuk membincangkan rancangan mengubah elok ruang tamu, dapur dan tandas dlatnya di Tampines.


Encik Jai membayar wang pendalhuan $43,774, selepas mengambil pinjaman bank. Ubah elok itu sepatutnya siap pada Ogos, tetapi kini, hanya almari di ruang tamu telah dirobohkan.


"Syarikat itu sentiasa memberikan alasan. Pertama, ia berkata perekanya menjalani tugas kerahan; kemudian, bos tiada. Selepas itu, bos sendiri memberitahu saya bahawa kontraktor beliau tiba-tiba meninggalkan dia.


"Kemudian, selepas beberapa ketika, semua orang berhenti menjawab panggilan telefon," kata Encik Amir, seorang cef, lapor akhbar The Straits Times.


Beliau telah bertemu 14 pelanggan lain D'Concept Design bulan lalu, yang menghadapi keadaaan sama.


Difahamkan setakat ini, sekurang-kurangnya 11 laporan polis telah dibuat dan kumpulan itu telah mendapatkan seorang peguam.


Sejak Januari, Persatuan Pengguna Singapura (Case) telah menerima 14 aduan terhadap D'Concept Design, kebanyakannya mengenai pelbagai kelewatan walaupun bayaran telah dibuat kepada firma itu.


Ramai pelanggan membayar penuh sebelum kerja ubah elok bermula. Jumlah nilai kontrak daripada kes yang dikemuka kepada Case ialah $457,294, dengan kontrak tertinggi bernilai $51,000.


Rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan firma itu didaftarkan pada September tahun lepas. Ia mempunyai modal berbayar $2 dan seorang pemilik warga Singapura, Kelvin Ang Yong Hong.


Panggilan ke telefon bimbit Encik Ang tidak dijawab dan pejabat syarikat itu di MacPherson terkunci dengan tanda nama syarikat diturunkan.


Tiada siapa membuta pintu apabila The Straits Times pergi ke rumahnya di Yishun.


Pemeriksaan dengan Case, Pusat Penasihat Ubah Elok dan Hiasan dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mendapati D'Concept Design tidak berdafatr atau diiktiraf mereka.


Terdapat penutupan mendapat beberapa syarikat lain dalam beberapa bulan kebelakangan.


Minggu lalu, 76 pasangan yang mempunyai pakej perkahwinan berjumlah lebih $130,000 terkejut selepas salon pengantin Sophia Wedding Collection ditutup.


Polis juga sedang menyiasat salun rambut The Scizzorhands yang menyebabkan beratus-ratus pelanggan kehilangan duit mereka Ogos lalu.


Pengarah Eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon, menggesa pengguna supaya berhati-hati apabila berurusan dengan syarikat sendirian berhad bermodal rendah.


Pemilik syarikat sendirian berhad bertanggungjawab hanya setakat jumlah modal berbayar syarikat itu dan tidak boleh didakwa secara langsung bagi hutang syarikat.


Encik Seah juga menggesa pemilik rumah supaya merujuk kepada model kontrak yang disediakan HDB, yang menetapkan pelanggan membayar berperingkat dan bukan selepuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >