Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi 15 hari maut mungkin sesak nafas ditindih ibu yang lena, kata Koroner Negara

Oct 07, 2019 | 05:03 PM



KEMATIAN seorang bayi berusia 15 hari mungkin disebabkan oleh "sesak nafas tidak disengajakan" selepas ibunya tertidur semasa menyusukan bayi itu pada September 2018, kata Koroner Negara Kamala Ponnampalam.



Dalam satu siasatan pada minggu lalu berhubung kematiannya, Koroner Negara Ponnampalam berkata tidak ada asas untuk mengesyaki perbuatan khianat dalam kes itu.



Bayi itu, yang dinamakan Nor Eilshan Emran Muhammad Nor Aszroy, dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH) pada 17 Ogos 2018 dan pemeriksaan rutin yang dijalankan pada hari itu menunjukkan tiada keabnormalan pada bayi.



Sewaktu dirawat di KKH, si ibu menolak tawaran jururawat untuk mengajarnya bagaimana untuk menyusukan bayi, sambil berkata bahawa dia telah menyusukan anak sulungnya, seorang anak perempuan dahulu, yang pada masa itu berusia 17 bulan.



Setelah dibenarkan pulang oleh pihak hospital, ibu itu, yang tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah yang dilihat oleh The Straits Times, telah pulang ke rumah ibubapanya di Sengkang, dan pada malam kedua belas, si ibu telah menyusukan Nor Elishan sambil berbaring ke tepi.



Semasa berbuat demikian, si ibu tertidur di lengan kirinya diletakkan atas kepalanya dan di bawah bantal.



Si ibu tersedar apabila suaminya ke tandas pada sekitar 3 pagi, dan mencuba menggerakkan bayinya, namun mendapati bayinya tidak memberi sebarang respons, dan terdapat kesan muntah dan darah di bengkung bayi.



Bayi itu kemudian digegaskan ke Hospital Besar Sengkang, di mana dia disahkan meninggal dunia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >