Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi 7 bulan mati terperangkap antara tilam dengan tiang kot bayi

Oct 08, 2019 | 12:17 PM



HANYA beberapa minggu sebelum kematiannya, seorang bayi perempuan terpaksa dibantu apabila dia menangis kerana terperangkap dalam jurang antara tilam dengan tiang kot bayi.



Awal tahun ini, Yuri Chua Le En, tujuh bulan, yang tidur dalam biliknya sendiri, terperangkap dalam jurang yang sama sekali lagi. Namun, kali ini ia membawa padah.



Pada 15 Januari, pada sekitar 7 pagi, bapanya telah ke biliknya untuk menjenguk keadaan bayinya, namun mendapati Yuri tidak memberi sebarang respon.



Polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan ahli paramedik yang ke flat Jurong East itu mengesahkan kematian bayi itu sekitar 8 pagi.



Ibu bapanya tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah.



Seorang ahli patologi forensik kemudian mengesahkan kematian bayi itu konsisten atas sebab sesak nafas.



Berikutan siasatan pada Jumaat lalu (4 Oktober), Koroner Negera Kamala Ponnampalam berkata kematian Yuri adalah satu "kejadian malang", menurut laporan akhbar The Straits Times.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >