Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi dari M'sia masih menanti pemindahan hati

May 23, 2014 | 06:13 PM



SEORANG bayi Malaysia kini sedang terlantar di Hospital Universiti Nasional (NUH) sementara menantikan waktu sesuai bagi menjalani pembedahan pemindahan hati.


Adra Afieya Adzriefaiz, 10 bulan, telah dirujukkan ke NUH dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar empat bulan lalu, bagi menjalani rawatan lanjut dan pemindahan tersebut.


Beliau sudahpun menerima seorang penderma sesuai - makcik kepada bapanya.


Ketika ditemui di NUH, bapanya, Encik Adzriefaiz Adzlan, 29 tahun, berkata beliau bimbang sekiranya penantian yang terlalu lama - bagi memastikan Adra betul-betul sihat bagi menjalani pembedahan itu - akan menyebabkan kos rawatannya melambung di luar kemampuannya.


"Sudah hampir tiga bulan kami berada di Singapura. Bil pun semakin meningkat. Kalau saya terpaksa tunggu lebih lama, mungkin saya akan pulang dahulu ke Kuala Lumpur," kata Encik Adzriefaiz.


Beliau dan isteri, Cik Suliza Ismail, 27 tahun, menginap bersama anak pertama mereka itu di wad.


Bil rawatan Adra pula sudah mencecah lebih $70,000, tidak termasuk kos rawatan RM30,000 ($11,800) di Malaysia, dan wang $150,000 yang diperlukan bagi pakej pembedahan pemindahan hati.


Hati Adra dikesan tidak berfungsi seperti normal apabila penyakit kuning, atau jaundis, yang dialaminya sejak lahir tidak pulih, malah perutnya menjadi kembung dan terasa keras apabila ditekan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >