Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi dengan hepatitis akut yang tidak diketahui punca dirawat di KKH; MOH sedang menyiasat

Apr 30, 2022 | 09:22 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dimaklumkan tentang kes hepatitis akut (radang hati) yang tidak dapat diketahui puncanya dan menyerang bayi lelaki berusia 10 bulan pada Jumaat (29 April).



Budak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada 25 April dan dimasukkan ke situ bagi siasatan lanjut.



Dia dan kontak isi rumahnya buat masa ini sihat.



Dalam satu kenyataan pada Sabtu (30 April), MOH berkata siasatan sedang dilanjutkan untuk mengenal pasti jika kes itu mempunyai persamaan dengan kes hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya yang dilaporkan di peringkat antarabangsa oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



MOH menambah bayi itu dijangkiti dengan Covid-19 pada Disember tahun lalu tetapi tiada bukti pada masa itu bahawa hepatitis akut itu berkaitan dengan virus berkenaan.



Ujian makmal telah mengenal pasti kes itu sebagai negatif buat virus yang biasa yang menyebabkan hepatitis (virus A,B, C dan E), 



Secara global, lebih 200 kes hepatitis akut yang disyaki dan berkemungkinan ada dan tidak diketahui puncanya telah dilaporkan wujud dalam diri kanak-kmanak di 17 negara.



MOH sedang mengawasi situasi ini secara rapi dan telah memberitahu semua pengamal perubatan agar berjaga-jaga dengan adanya tanda-tanda hepatitis pada kanak-kanak di mana puncanya tidak dapat dikenal pasti.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >